Kesan Hipokolesterolemik Buah-Buahan Tempatan Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada lima hidangan sehari dicadangkan oleh American Heart Association berdasarkan kandungan mikronutrien, antioksidan, fitokimia dan fiber diet yang terdapat di dalamnya. Kajian-kajian lepas telah membuktikan pengambilan buah-buahan mempunyai p...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2003
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11259/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11259/1/FPSK_M_2003_13_A.pdf |
Summary: | Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada lima hidangan
sehari dicadangkan oleh American Heart Association berdasarkan kandungan
mikronutrien, antioksidan, fitokimia dan fiber diet yang terdapat di dalamnya.
Kajian-kajian lepas telah membuktikan pengambilan buah-buahan mempunyai
perkaitan songsang dengan kejadian penyakit kronik terutarnanya penyakit
kardiovaskular. Objektif utarna kajian ini adalah untuk menganalisis komposisi
nutrien dan aktiviti antioksidan serta mengkaji potensi hipokolesterolemik buah-buahan
tempatan iaitu jambu batu (Psidium guajava L.), betik (Carica papaya L.)
dan nenas (Ananas comosus L.) dalam mengurangkan faktor risiko penyakit
kardiovaskular secara in vivo dan klinikal. Sebanyak 81 ekor tikus Sprague Dawley
jantan telah dibahagikan sarna banyak kepada sembilan kumpulan dalarn kajian in
vivo. Pada minggu pertarna kajian lapan daripada sembilan kumpulan tersebut telah
diaruh hiperkolesterolemia dengan menarnbah 1 % kolesterol dan 0. 1 % asid kolik
dalam diet masing-masing. Kumpulan tikus yang tidak diaruh hiperkolesterolemia
dijadikan sebagai kumpulan kawalan normal dan satu kumpulan tikus yang telah diaruh dijadikan sebagai kumpulan kawalan heperkolesterolemik. |
---|