Kajian kesan penggunaan beberapa jenis baja foliar ke atas pertumbuhan dan kualiti jagung pulut

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan beberapa jenis sungkupan ke atas pertumbuhan dan hasil pokok cili padi (Capsicum frutescens var. Thai). Kajian ini telah dijalankan di Makmal Luar Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini dijalankan sepenuhnya selama lima bula...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Stephanie Wan Emang
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.ums.edu.my/20475/
http://eprints.ums.edu.my/20475/1/Kajian%20kesan%20penggunaan%20beberapa%20jenis%20baja.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan beberapa jenis sungkupan ke atas pertumbuhan dan hasil pokok cili padi (Capsicum frutescens var. Thai). Kajian ini telah dijalankan di Makmal Luar Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini dijalankan sepenuhnya selama lima bulan bermula dari 12.11.2007 sehingga 31.03.2008 dan cerapan data mula diambil dari minggu pertama anak benih disemai. Kajian ini menggunakan reka bentuk rawak lengkap (CRD) dengan setiap rawatan mempunyai empat replikasi. Rawatan sungkupan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang kajian dengan kadar yang sungkupan yang sama bagi setiap replikasi. Kajian tumbesaran tanaman dilakukan ke atas parameter ketinggian pokok, bilangan daun serta berat kering bahagian atas dan bawah pokok. Kajian hasil pula dilakukan ke atas bilangan bunga, bilangan buah serta berat dan panjang buah. Analisis kelembapan tanah turut dilakukan di dalam makmal selepas penuaian. Hasil daripada kajian, didapati bahawa rawatan sungkupan sabut kelapa lebih berkesan bagi parameter pertumbuhan tinggi dan bilangan daun dengan nilai min maksimum tinggi pokok ialah 41.23 cm dan min bilangan daun sebanyak 73.25 helai. Rawatan sungkupan sabut kelapa juga lebih berkesan dalam analisis hasil pokok cili dengan memberi min maksimum terhadap data bilangan bunga (10.75 putik) dan bilangan buah (29.25 biji). Setiap jenis sungkupan juga memberikan kesan yang berlainan ke atas pertumbuhan dan hasil tanaman cili. Rawatan hampas padi menunjukkan min maksimum bagi data berat kering bahagian atas (157.4150 g) dan bahagian bawah pokok (18.8350 g) serta kelembapan tanah (27.14%). Parameter berat dan panjang buah pula tidak dipengaruhi oleh sebarang rawatan kerana tiada perbezaan yang beerti yang ditunjukkan. Penggunaan rawatan rumput kering dan kertas (suratkhabar) kurang berkesan ke atas setiap parameter yang dikaji berbanding rawatan sungkupan sabut kelapa dan hampas padi. Keseluruhannya, sungkupan sabut kelapa adalah paling berkesan ke atas pertumbuhan dan hasil tanaman cili padi, Capsicum frutescens var. Thai.