Penerapan Saintifik Pribumi Melayu dan Pengetahuan Teknikal dalam Penghasilan Manuskrip Melayu
Orang pada masa lalu mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk merakamkan sejarah dan idea-idea mereka. Ini juga merupakan pengetahuan mereka dengan menggunakan sains dan teknologi tempatan. Memandangkan maklumat sangat penting untuk terus hidup dan maju, mereka perlu sentiasa meneroka, mencipta...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8545/ http://journalarticle.ukm.my/8545/ http://journalarticle.ukm.my/8545/1/The_application_of_Malay....pdf |
Summary: | Orang pada masa lalu mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk merakamkan sejarah dan idea-idea mereka. Ini
juga merupakan pengetahuan mereka dengan menggunakan sains dan teknologi tempatan. Memandangkan maklumat
sangat penting untuk terus hidup dan maju, mereka perlu sentiasa meneroka, mencipta, mengumpul dan memperbaiki
maklumat yang sudah ada. Untuk menolong mereka mengingat kembali maklumat yang penting itu, mereka perlu
menjaga maklumat itu sentiasa “segar” dalam format yang mudah dipindahkan ke format yang lebih baru. Dalam
kertas kerja ini, manuskrip Melayu adalah apa sahaja dokumen yang ditulis dengan tangan, maka didapati berbeza
dengan dokumen yang dicetak atau diterbitkan semula dalam cara lain, termasuk pendigitalan. Sebelum adanya
teknologi percetakan, dokumen Melayu mungkin wujud dalam bentuk kulit pokok, daun palma, kulit binatang, logam,
batu dan kertas. Dalam kertas kerja ini, manuskrip Melayu bukan sahaja maklumat tunggal bertulis yang terselamat
daripada masa lalu, tetapi juga spesimen tulisan tangan Melayu yang terbaik yang masih diwarisi. Selama beberapa
abad ini, bahan-bahan ini adalah sumber rujukan yang bernilai tinggi untuk mengkaji evolusi dan sejarah penulisan
Melayu – Jawi dan skrip lain sebelum itu. Kertas kerja ini bukanlah tentang pengembangan sistem tulisan Jawi. Ia
adalah tentang aplikasi sains dan teknologi Melayu dalam pembangunan aksesori bertulis Melayu – pen, dakwat dan
warna. Ini hanya laporan awal, maka penyelidikan lanjutan amat diperlukan untuk menyelesaikan misteri-misteri
yang belum diketahui orang ramai. |
---|