Selenium dan fungsi tiroid

Pengukuran selenium dan fungsi tiroid telah dilakukan terhadap 442 orang penduduk di lima buah kampung orang Asli di pedalaman Pahang dan Perak. Pengukuran isipadu kelenjar tiroid ditentukan menggunakan alat ultrasound. Serum diambil bagi pengukuran selenium, TSH dan T4 manakala sampel urin dikumpul...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismarulyusda , I, Osman, A., Jamaludin, M. Zaleha , M.I., Khairul , O., Iskandar , Z.A., Mohd Naim , A.K, Khalid , B.A.K.
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2001
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3811/
http://journalarticle.ukm.my/3811/
Description
Summary:Pengukuran selenium dan fungsi tiroid telah dilakukan terhadap 442 orang penduduk di lima buah kampung orang Asli di pedalaman Pahang dan Perak. Pengukuran isipadu kelenjar tiroid ditentukan menggunakan alat ultrasound. Serum diambil bagi pengukuran selenium, TSH dan T4 manakala sampel urin dikumpul bagi pengukuran iodin. Min paras selenium adalah 4.082 ± 1.922 ppm (Julat 0.244 - 9.030 ppm). Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti di antara paras selenium kanak-kanak dan dewasa (p<0.0001) dan di antara remaja dan dewasa (p<0.05). Perbezaan paras selenium adalah bererti (p < 0.0001) di antara lima kampung tersebut iaitu Pos Tual (5.638 + 0.332 ppm), Pos Legap (4.545 + 1.794 ppm), Pos Perwor (4.412 + 1.180 ppm), Pos Sinderut ( 3.910 + 2.082 ppm) dan Pos Bertang (0.890 + 0.331 ppm). Perbezaan yang bererti didapati antara isipadu goiter (p<0.0001) dan T4 (p<0.0001) menurut umur. Korelasi yang bererti juga terdapat di antara selenium dengan isipadu tiroid (Korelasi Pearson, r= ­0.1664, p=0.0051) dan selenium dengan T4 (Korelasi Pearson r=0.1789, p=0.0027). Ini menunjukkan kekurangan selenium berkorelasi dengan peningkatan isipadu kelenjar tiroid dan kekurangan hormon tiroksin.