Perkembangan terkini enakmen wakaf di Malaysia: adakah komprehensif? = Latest development relating to Waqf enactments in Malaysia: are the laws comprehensive?

Negeri Perak, Terengganu, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan mengambil langkah positif memperkenalkan suatu enakmen khusus bagi menguruskan hal ehwal wakaf, sedangkan negeri lain masih dalam proses memperkenalkan undang-undang yang sama, dan terdapat negeri yang masih menggunakan peruntukan yang s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Nor Asiah
Format: Article
Language:English
English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2018
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/65172/
http://irep.iium.edu.my/65172/
http://irep.iium.edu.my/65172/1/Jurnal%20Kanun%20__%20Jurnal%20Kanun%20__%20Perkembangan%20Terkini%20Enakmen%20Wakaf%20di%20Malaysia_%20Adakah%20Komprehensif_%20%28Abstrak%20dan%20Rujukan%29.html
http://irep.iium.edu.my/65172/2/Artikel%20Kanun%20Wakaf%20Enakmen%202018.pdf
Description
Summary:Negeri Perak, Terengganu, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan mengambil langkah positif memperkenalkan suatu enakmen khusus bagi menguruskan hal ehwal wakaf, sedangkan negeri lain masih dalam proses memperkenalkan undang-undang yang sama, dan terdapat negeri yang masih menggunakan peruntukan yang sedia ada dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam. Dengan menggunakan kaedah kajian doktrin dan metodologi perbandingan, artikel ini menganalisis setiap peruntukan dalam enakmen wakaf yang baharu dan melihat sejauh manakah perundangan tersebut dapat merungkaikan masalah wakaf negara. Hasil kajian mendapati peruntukan enakmen wakaf tersebut lebih bersifat komprehensif kerana penyusunannya mengambil kira hasil dapatan kajian terdahulu. Peranan wakaf sebagai sektor ketiga ekonomi dan sinergi wakaf dengan perbankan Islam menjadi pemacu utama perkembangan wakaf negara. Kesedaran dan promosi tentang kepentingan wakaf wajar dilaksanakan menerusi pendekatan sinergi, inovasi dan kerjasama antara institusi wakaf dengan zakat, sinergi wakaf dengan instrumen lain, serta pemerkasaan institusi melalui penguatkuasaan dan keluasan bidang kuasa melalui sistem perundangan. ****************************************************** Five states in Malaysia including Perak, Terengganu, Selangor, Melaka and Negeri Sembilan have introduced their own waqf (Islamic endowment) laws. Five other states are working on new laws and the remaining states maintain waqf matters in the general statutes on administration of Islamic law. Using the doctrinal approach and comparative analysis method, this study reviews the latest development and discusses how the changes in the laws have helped in improving slow and restricted jurisdiction in dealing with waqf. The findings show that the new Enactments have addressed most of the observations made in previous literatures, especially as regards the challenges in waqf development. Observations are also made regarding the fast development of waqf in tandem with various other aspects of the economy and the financial sector, including how waqf is now recognized as the third most significant economic sector. Moving forward, waqf must focus on synergy and innovation as well as employing new instruments with clearer vision and empowerment of institution through law.