Kitab perubatan Melayu: ar-Rahmah fi at-Tibb wa al-Hikmah

Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah merupakan sebuah kitāb yang mengkhusus kepada ‘ilmu perubatan yang bersifat Islamik dan saintifik, ditulis oleh Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, seorang ulamā’ berasal dari Aceh (w. November 1895). Penulisannya mengambil masa empat tahun dan selesa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shafri, Mohd Affendi, Muhammad Yahya, Hermansyah
Format: Book
Language:English
Published: Akademi Jawi Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/57081/
http://irep.iium.edu.my/57081/
http://irep.iium.edu.my/57081/1/57081_Al-%20Rahmah.pdf
Description
Summary:Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah merupakan sebuah kitāb yang mengkhusus kepada ‘ilmu perubatan yang bersifat Islamik dan saintifik, ditulis oleh Shaykh ‘Abbās Kuta Karang, seorang ulamā’ berasal dari Aceh (w. November 1895). Penulisannya mengambil masa empat tahun dan selesai pada 1853, sejurus sebelum berlakunya perang saudara Aceh pada 1854. Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah terdiri dari lima bāb yang mengandungi unsur asas kepada tubuh badan manusia, bahan-bahan makanan dan ubatan, faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan, ubat-ubatan untuk beberapa penyakit terpilih dan penyakit-penyakit ‘am. Penggunaan kata tempatan Aceh dalam menamakan penyakit dan bahan ubatan dalam kitāb ini memperkayakan periṣṭilāḥan perubatan yang belum terdapat dalam mana-mana kamus iṣṭilāḥ perubatan Melayu, samada yang diusahakan oleh pihak kolonial atau badan berwajib selepas kemerdekaan. Kitāb ini mempunyai sumbangan yang jelas terhadap ilmu perubatan, periṣṭilāḥan perubatan dan fenomena bahasa serta mempunya beberapa sisi-sisi menarik yang menanti untuk dibahas dan dikaji sarjana perubatan, botani, zoologi, mineral, bahasa, sejarah, serta kebudayaan. Shaykh Abbas sepanjang hayatnya pernah menjadi qāḍī dan penasihat kepada dua sultan Aceh, serta bekerjasama dengan Tengku Chik di Tiro dalam perang Sabil menentang Belanda yang meletus pada tahun 1873.