Melestari pembangunan tanah menurut Islam
Tanah adalah aset yang penting bagi setiap individu. Nilai tanah diukur bergantung kepada kandungan dan penggunaan tanah. Artikel ini membincangkan apakah unsur-unsur penting pembangunan tanah berdasarkan perundangan dan praktis yang diamalkan di Malaysia serta prinsip-prinsip pembangunan menurut Is...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Jabatan Pengurusan Wakaf, Zakat dan Haji Malaysia
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/40789/ http://irep.iium.edu.my/40789/ http://irep.iium.edu.my/40789/8/pembangunan_tanah.pdf |
Summary: | Tanah adalah aset yang penting bagi setiap individu. Nilai tanah diukur bergantung kepada kandungan dan penggunaan tanah. Artikel ini membincangkan apakah unsur-unsur penting pembangunan tanah berdasarkan perundangan dan praktis yang diamalkan di Malaysia serta prinsip-prinsip pembangunan menurut Islam bersandarkan data-data sekunder yang diambil dari pandangan dan penulisan terdahulu juga autoriti primer yang dirujuk kepada al-Quran dan Hadis. Penulisan ini juga melihat sejauh manakah peruntukan peraturan yang ada dapat memastikan kelestarian pembangunan tanah tanpa berlaku kerosakan kepada manusia atau alam sekitar. Secara umum, perundangan dilihat tidak dapat membendung kemusnahan akibat kerakusan manusia. Undang-undang ciptaan manusia yang diguna pakai ternyata gagal mendisiplin serta menghukum mereka yang tamak dan menyalahgunakan amanah dan peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini. Kertas kerja ini membincangkan keperluan memastikan mereka yang terlibat dalam pembangunan tanah takut kepada hukuman Allah SWT. Kecanggihan teknologi dan ketinggian ilmu yang diukur melalui sijil dan pangkat semata-mata gagal melahirkan manusia yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membangunkan tanah seterusnya membina negara. Memahami bahawa manusia adalah khalifah dan hamba Allah yang memikul amanah serta pemilikan tanah adalah bersifat sementara merupakan pra syarat bagi mereka yang terlibat dalam agenda pembangunan.
1
Perkataan Teras : Tanah, pembangunan, amanah, Islam, integriti, Pengurusan Pembangunan Islam
Klasifikasi JEL : Q15, R14, R52, Z12 |
---|