Pengaruh modal sosial terhadap kualiti hidup warga tua komuniti bandar

Dalam pembangunan sesebuah komuniti dan juga kemajuan negara, modal sosial memainkan peranan yang penting terutama kepada kualiti hidup. Namun tahap modal sosial masih lagi belum mencapai tahap yang tinggi secara keseluruhannya. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan pengaruh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zainul Ariffin Zolkifli (Author)
Corporate Author: Universiti Kebangsaan Malaysia
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Dalam pembangunan sesebuah komuniti dan juga kemajuan negara, modal sosial memainkan peranan yang penting terutama kepada kualiti hidup. Namun tahap modal sosial masih lagi belum mencapai tahap yang tinggi secara keseluruhannya. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan pengaruh modal sosial terhadap kualiti hidup komuniti warga tua bandar dan seterusnya mernbina model kualiti hidup warga tua bandar. Komponen modal sosial terdiri daripada teras jaringan, teras kepercayaan, teras peraturan sosial dan teras keupayaan diri. Kajian ini menggunakan strategi penyelidikan deduktif melalui pengumpulan data secara kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian adalah warga tua yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis dan PPR Taman Bagan Jaya, Pulau Pinang. Seramai 206 responden telah terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu t-test, anova, korelasi dan regresi. Perisian SmartPLS turut digunakan untuk membina model kualiti hidup warga tua bandar melalui Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (MPBĀ­-KDTS ). Dapatan kajian mendapati kesemuua empat teras modal sosial, iaitu teras jaringan, teras kepercayaan, teras peraturan sosial dan teras keupayaan diri mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan kepada kualiti hidup warga tua bandar. Oleh itu, model kualiti hidup warga tua bandar berjaya dibina berdasarkan empat teras modal sosial tersebut sekaligus dapat mencapai objektif kajian ini. Kesimpulan kajian ini ialah modal sosial memainkan peranan yang penting kerana ia memberi kesan yang signifikan terhadap kualiti hidup warga tua bandar terutama dalam aspek sosial, ekonomi dan juga akses kepada fasiliti kesihatan oleh golongan warga tua bandar. Implikasi kajian ini ialah modal sosial perlu diaplikasikan dengan lebih meluas dan berkesan lagi oleh pihak yang berkepentingan supaya dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat khususnya warga tua bandar, Selain itu, kajian berkaitan kualiti hidup juga perlu dilakukan secara berterusan kerana tahap kualiti hidup sering berubah mengikut keadaan semasa.
Physical Description:xi, 217 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 177-210)