| Summary: | Kajian ini bermatlamat memahami persoalan al-istishh sdiyyah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya ditinjau dari perspektif Islam. Kaitan antara alistishhsdiyyah dan hasilnya adalah berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulama beserta dalil-dalilnya. Ia dibahaskan dari sudut etimologi dan istilah untuk memberi satu persepsi yang jelas dan luas tentang kaj ian. Ini disokong dengan ayat-ayat a 1- Quran dan al-Sunnah yang menguatkan lagi persembahan kaj ian dan mendasari perbahasan. Kedua sumber pensyariatan Islam ini juga melandasi perbahasan hukum hakam di samping fatwa-fatwa para ulama yang tidak tertumpu kepada hanya satu aliran pemikiran yang tertentu. Hukum hakam yang diutarakan dalam kajian ini meliputi skop yang pelbagai sarna ada ia hanya berkisar dari segi teorinya sahaja atau pun ia wujud secara realiti. Kajian ini diusahakan melalui kaedah perpustakaan yang merujuk kepada al-Quran dan tafsir-tafsirnya, al-Sunnah dan syarah-syarahnya, kitabkitab akidah, fiqh dan akhlak, karnus-kamus yang merangkumi kamus Bahasa Arab dan Inggeris, ensaiklopedia-ensaiklopedia yang berkaitan yang boleh membantu kajian. Hasil kajian mendapati perselisihan pendapat ulama dalam masalah ini hanyalah secara sari sahaja. Secara umum, kajian ini boleh menjadi penyumbang kepada penyelesaian kemelut polemik kontemporeri dan satu garis panduan yang lebih khusus tertumpu kepada persoalan al-istishh sdiyyah. Mudah-mudahan Allah memberkati kajian ini.
|