Effects of low energy extracorporeal shockwave therapy on graft incorporation, bone metabolism, pain level and knee functions in individuals with post anterior cruciate ligament reconstruction

ESWT bertenaga tinggi mempunyai potensi untuk mempercepatkan proses penyembuhan ligamen krusiat hadapan selepas pembedahan rekonstruktif (ACLR). Fakta berkenaan keberkesanan ESWT bertenaga rendah ke atas hasil klinikal di kalangan individu selepas ACLR masih kurang. Tujuan kajian ini adalah untuk me...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Marhasiyah Rahim (Author)
Corporate Author: Universiti Sains Malaysia . Faculty of Health Sciences
Format: Thesis Book
Language:English
Subjects:
Description
Summary:ESWT bertenaga tinggi mempunyai potensi untuk mempercepatkan proses penyembuhan ligamen krusiat hadapan selepas pembedahan rekonstruktif (ACLR). Fakta berkenaan keberkesanan ESWT bertenaga rendah ke atas hasil klinikal di kalangan individu selepas ACLR masih kurang. Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat kesan ESWT bertenaga rendah dengan pelbagai frekuensi terhad~f) penggabungan graf, metabolisma tulang, tahap kesakitan dan fungsi lutut di kalangan individu selepas ACLR. Tiga puluh orang peserta (berumur 20-36 tahun) telah direkrut dan diagihkan kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan kawalan (tiada sesi terapi shockwave), kumpulan 3 kali sesi terapi shockwave (3ESWT) dan kurnpulan 6 kali sesi terapi shockwave (6ESWT) dengan 10 orang peserta bagi setiap kumpulan. Kesemua peserta telah menjalani ACLR dengan menggantikan ligamen krusiat hadapan dengan tendon hamstring dan menerima program rehabilitasi yang sama selepas pembedahan. ESWT telah diaplikasikan sekali seminggu selama 3 dan 6 minggu berturut-turut. Ketumpatan aliran tenaga (EFO) yang digunakan untuk kumpulan 6ESWT dan 3ESWT adalah masing-masing 0.18mJ.mm-2 dan 0.09mJ.mm-2 dengan 500 kejutan dan 1.5 bar. Parameter­parameter yang diukur termasuk penilaian penggabungan graf, penanda-penanda metabolisma tulang, skala kesakitan dan skor fungsi lutut. Oalam kajian ini, data dikumpulkan sebanyak 5 kali iaitu sebelum ACLR (bacaan awal), 2-, 9-, 12 minggu dan 6 bulan selepas ACLR. Bilangan graf yang bercantum secara separa adalah
Physical Description:xix, 171 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibligraphical references (leaves 147-171) and index