Impak kepimpinan lestari dan nilai budaya Melayu terhadap kualiti hidup komuniti pesisir Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau

Keberadaan seorang pemimpin dalam sebuah komuniti kebiasaannya ialah kerana latar belakang keturunan ataupun kebijaksanaan dalam hal agama, adat dan juga perubatan. Kepimpinan tradisional dapat mempengaruhi pola hidup dalam komuniti. Justeru, seorangpemimpin yang boleh membawa perubahan kepada komun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Endri Sanopaka (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Online Access:https://eperpustakaan.unisza.edu.my/equip-udm/English/home.jsp

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000101084
005 20230920093000.0
008 220403s2021 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a HD57.7   |b .E53 2021 
090 0 0 |a HD57.7   |b .E53 2021 
100 0 |a Endri Sanopaka ,   |e author 
245 1 0 |a Impak kepimpinan lestari dan nilai budaya Melayu terhadap kualiti hidup komuniti pesisir Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau   |c Endri Sanopaka 
264 0 |c 2021 
300 |a xv, 237 leaves ;   |c 31 cm.   |e 1 computer optical disc (4 3/4 in.) 
336 |a text   |2 rdacontent 
337 |a unmediated   |2 rdamedia 
337 |a computer   |2 rdamedia 
338 |a volume   |2 rdacarrier 
338 |a computer disc   |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2021 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 196-214) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Sorotan literatur -- 3. Kepulauan Riau -- 4. Metodologi kajian -- 5. Dapatan kajian -- 6. Rumusan, perbincangan dan cadangan 
520 |a Keberadaan seorang pemimpin dalam sebuah komuniti kebiasaannya ialah kerana latar belakang keturunan ataupun kebijaksanaan dalam hal agama, adat dan juga perubatan. Kepimpinan tradisional dapat mempengaruhi pola hidup dalam komuniti. Justeru, seorangpemimpin yang boleh membawa perubahan kepada komuniti memiliki ciri kepimpinan lestari. Pemimpin komuniti juga penting untuk mengamalkan nilai budaya Melayu sebagai rujukan dalam berperilaku. Seringkali pembolehubah kepimpinan serta nilai budaya dianggap sebagai sesuatu yang kurang memberi kesan kepada kualiti hidup masyarakat. Komuniti nelayan pesisir di Pulau Bintan masih lagi dalam kumpulan yang berada di bawah garis kemiskinan kerana pendapatan bulanan isi rumah adalah di antara RM213 hingga RM568. Manakala pemenuhan keperluan asas seperti kos perbelanjaan harian, kesihatan, pendidikan masih lagi rendah. Oleh itu, objektif utama kajian ini ialah untuk menilai pengaruh kepimpinan lestari dan amalan nilai budaya Melayu terhadap kualiti hidup komuniti pesisir di Pulau Bintan. Reka bentuk kajian ialah perpaduan diantara kuantitatif dan kualitatif yang dikenali dengan pendekatan "Mixed Methods". Tinjauan secara rentasan terhadap 318 responden dipilih dalam kalangan komuniti nelayan pesisir di Kelurahan Tembeling Tanjung, Kecamatan Teluk Bintan Kabupaten Bintan. Sampel dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah menerusi prosedur pensampelan kelompok berkadar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22 dan diolah menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Ujian statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian-t, anova, korelasi dan regresi. Bagi menyokong analisis kuantitatif, temubual dilakukan terhadap sebilangan pemimpin masyarakat dan nelayan yang terpilih. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan lestari dan amalan nilai budaya Melayu menyumbang 30.4% bagi kualiti hidup. Tiga dimensi daripada kepimpinan lestari telah dikenal pasti berdasarkan analisis iaitu amanah, emosi dan kesederhanaan. Amalan nilai budaya Melayu dengan mengguna pakai nilai dari gurindam dua belas karya Raja Ali Haji masih lagi dianggap penting oleh komuniti. Kepimpinan lestari dan amalan nilai budaya Melayu memainkan peranan yang penting kerana ia memberi kesan terhadap kualiti hidup bagi komuniti nelayan pesisir. Kajian ini menyumbang kepada pembentukan kerangka teori kualiti hidup dipengaruhi oleh kepimpinan lestari dan nilai budaya. Kajian ini turut memberi implikasi terhadap pihak berkepentingan dalam penggubalan polisi bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti nelayan pesisir di masa hadapan. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Applied Social Sciences   |v Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
650 0 |a Leadership 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Quality of life 
650 0 |a Lifestyles 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Applied Social Sciences 
856 3 0 |u https://eperpustakaan.unisza.edu.my/equip-udm/English/home.jsp 
999 |a 1000184899   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus 
999 |a 1000184900   |b CD-ROM   |c Reference   |e Gong Badak Campus