Impak kepimpinan lestari dan nilai budaya Melayu terhadap kualiti hidup komuniti pesisir Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau

Keberadaan seorang pemimpin dalam sebuah komuniti kebiasaannya ialah kerana latar belakang keturunan ataupun kebijaksanaan dalam hal agama, adat dan juga perubatan. Kepimpinan tradisional dapat mempengaruhi pola hidup dalam komuniti. Justeru, seorangpemimpin yang boleh membawa perubahan kepada komun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Endri Sanopaka (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Online Access:https://eperpustakaan.unisza.edu.my/equip-udm/English/home.jsp
Description
Summary:Keberadaan seorang pemimpin dalam sebuah komuniti kebiasaannya ialah kerana latar belakang keturunan ataupun kebijaksanaan dalam hal agama, adat dan juga perubatan. Kepimpinan tradisional dapat mempengaruhi pola hidup dalam komuniti. Justeru, seorangpemimpin yang boleh membawa perubahan kepada komuniti memiliki ciri kepimpinan lestari. Pemimpin komuniti juga penting untuk mengamalkan nilai budaya Melayu sebagai rujukan dalam berperilaku. Seringkali pembolehubah kepimpinan serta nilai budaya dianggap sebagai sesuatu yang kurang memberi kesan kepada kualiti hidup masyarakat. Komuniti nelayan pesisir di Pulau Bintan masih lagi dalam kumpulan yang berada di bawah garis kemiskinan kerana pendapatan bulanan isi rumah adalah di antara RM213 hingga RM568. Manakala pemenuhan keperluan asas seperti kos perbelanjaan harian, kesihatan, pendidikan masih lagi rendah. Oleh itu, objektif utama kajian ini ialah untuk menilai pengaruh kepimpinan lestari dan amalan nilai budaya Melayu terhadap kualiti hidup komuniti pesisir di Pulau Bintan. Reka bentuk kajian ialah perpaduan diantara kuantitatif dan kualitatif yang dikenali dengan pendekatan "Mixed Methods". Tinjauan secara rentasan terhadap 318 responden dipilih dalam kalangan komuniti nelayan pesisir di Kelurahan Tembeling Tanjung, Kecamatan Teluk Bintan Kabupaten Bintan. Sampel dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah menerusi prosedur pensampelan kelompok berkadar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22 dan diolah menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Ujian statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian-t, anova, korelasi dan regresi. Bagi menyokong analisis kuantitatif, temubual dilakukan terhadap sebilangan pemimpin masyarakat dan nelayan yang terpilih. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan lestari dan amalan nilai budaya Melayu menyumbang 30.4% bagi kualiti hidup. Tiga dimensi daripada kepimpinan lestari telah dikenal pasti berdasarkan analisis iaitu amanah, emosi dan kesederhanaan. Amalan nilai budaya Melayu dengan mengguna pakai nilai dari gurindam dua belas karya Raja Ali Haji masih lagi dianggap penting oleh komuniti. Kepimpinan lestari dan amalan nilai budaya Melayu memainkan peranan yang penting kerana ia memberi kesan terhadap kualiti hidup bagi komuniti nelayan pesisir. Kajian ini menyumbang kepada pembentukan kerangka teori kualiti hidup dipengaruhi oleh kepimpinan lestari dan nilai budaya. Kajian ini turut memberi implikasi terhadap pihak berkepentingan dalam penggubalan polisi bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti nelayan pesisir di masa hadapan.
Physical Description:xv, 237 leaves ; 31 cm. 1 computer optical disc (4 3/4 in.)
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 196-214)