| Summary: | Pasaran dadah yang sentiasa berkembang dengan pelbagai kaedah pengedaran telah
menyukarkan usaha membendung kes -kes penagihan seluruh dunia, Ketagihan dadah
ternyata mengancarn fungsi individu, institusi keluarga bahkan negara. Di Malaysia,
heroin dan morfin adalah dua dadah jenis opiat yang paling tinggi disalah guna setiap
tahun. Kerajaan memandang serius isu ini dan sebagai langkah remedi, sejumlah
peruntukan besar telah diagih bagi tujuan pemulihan dan kawalan. Ironinya, kadar
ketagihan yang turun naik menjadi tanda aras negara masih terbelenggu dengan
ancaman ini, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan. Realitinya, pemulihan adalah
proses sepanjang hayat dan tidak hanya berlaku di institusi pemulihan. Peranan keluarga
sebagai surnber sokongan adalah penting dalam menyediakan bentuk sokongan yang
diperlukan untuk pemulihan, narnun sering kali peranan ini tercabar dengan
persekitaran yang tidak kondusif. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan
berdasarkan empat objektif iaitu: i) Menganalisis bentuk sokongan yang diberi oleh
keluarga kepada penagih opiat, ii) Menganalisis halangan yang dihadapi oleh keluarga
dalam memberi sokongan sosial kepada penagih opiat, iii) Menganalisis bentuk
halangan yang mempengaruhi sokongan sosial keluarga kepada penagih opiat serta iv)
Merangka model sokongan keluarga kepada penagih opiat. Kajian ini menggunakan
gabungan dua kaedah kajian iaitu kualitatif dan kuantitatif. Data kuantitatif diperoleh
daripada soal selidik yang dijalankan ke ata 177 orang responden terdiri daripada ahli
keluarga penagih opiat di negeri Terengganu. Data kualitatif dikumpul menerusi Focus
Group Discussion (FOD) bersama 10 buah keluarga yang dipilih daripada responden
yang sarna. Data kualitatif dianalisis menggunakan perisian Vivo untuk membentuk
tema jawapan daripada FOD. Data kuantitatif pula dianalisis menggunakan analisis
deskriptif dan regresi. Dua dapatan dibincang dan digabung untuk menjawab objektif
kajian. Kajian mendapati sokongan sosial keluarga adalah signifikan. Empat bentuk
sokongan diberikan secara berbeza di mana sokongan emosi berada di tahap tinggi
sementara sokongan spiritual, informasi dan instrumental pula adalah sederhana.
Sementara itu, halangan yang mengganggu sokongan sosial responden dalam
membantu pemulihan penagih opiat adalah pengetahuan, emosi, interaksi, stigma dan
peminggiran selain dua tema baharu iaitu persekitaran dan sikap penagih opiat. Hasil
kajian juga menunjukkan hanya dua bentuk sokongan iaitu emosi dan spiritual
signifikan dalam model sokongan sosial keluarga. Sokongan sosial keluarga
mempunyai peranan penting dalam menjamin pemulihan ketagihan yang berterusan. Ia
alasan kukuh untuk keluarga memperbaiki sokongan sosial bagi memenuhi keperluan
pemulihan penagih opiat yang pelbagai.
|