| Summary: | Dalam rawatan radioterapi, kajian mendalam telah dijalankan terhadap penggunaan nanopartikel sebagai pemeka sinaran yang berpotensi untuk meningkatkan kesan radiasi terhadap sel kanser. Penggunaan nanopartikel secara berfokus terhadap sel kanser mampu untuk mengurangkan kesan sampingan radiasi terhadap tisu yang sihat. Walau bagaimanapun, penggunaan pemeka sinaran semasa rawatan mungkin menirnbulkan ke an sampingan terhadap sel yang tidak disasarkan semasa rawatan iaitu kesan 'bystander'. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan 'bystander' disebabkan penggunaan nanopartikel bismuth oksida (Bi203 NPs) semasa rawatan radioterapi bagi sel kanser payudara MCF -7 dan juga sel osteoblast hFOB l.19. Kajian ini menggunakan beberapajenis sumber radiasi tennasuklah sinar foton, sinar elektron dan brakiterapi kadar dos tinggi. Stimulasi kesan 'bystander' dilakukan melalui teknik pemindahan medium. Kebolehhidupan sel, kadar kemandirian sel, spesis oksigen reaktif (ROS), analisis apoptosis dan analisis spektroskopi Fourier Transform Infrared (FTIR) digunakan untuk menilai kesan bystander. Kajian ini menunjukkan bahawa sel 'bystander' MCF-7 dan hFOB l.19 dapat mengekalkan kebolehhidupan lebih daripada 80% selepas inkubasi selama 48 jam dengan medium terkondisi sel penyinaran (ICCM) yang dirawat dengan Bh03 NPs. Sel ini juga menunjukkan tindak balas positif untuk mengekalkan kemandirian sel mereka hingga 80% setelah menjalani rawatan dengan ICCM selama 10 hari.Tahap ROS bagi sel 'bystander' meningkat, tetapi penggunaan Bi203 NPs tidak meningkatkan tahap ROS dengan ketara. Tiada peningkatan yang ignifikan terhadap apoptosis bagi el MCF-7 dan hFOB 1.19 disebabkan oleh dos radiasi atau kesan pengunaan Bi203 NPs berbanding sel kawalan. Tahap serapan pada gelombang 1080 cm' (peregangan simetri P02- DNA) setanding dengan kumpulan yang dirawat dan tidak dirawat untuk kedua-dua se1. Amplitud penyerapan pada 1040 em" yang berkaitan dengan peregangan simetri P02- dalam DNA dan RNA berkurangan 10% atau lebih. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan nanopartikel Bi203 NPs sebagai pemeka sinaran tidak meningkatkan tindak balas RIBE secara signifikan pada sel yang tidak disasarkan.
|