Pendekatan dakwah fardiyyah melalui bimbingan taubat bagi membina penghargaan kendiri remaja berisiko di Terengganu

Dakwah fardiyyah merupakan dakwah yang dijalankan secara bersemuka dengan seorang individu atau beberapa orang individu yang lain. Penyampaian mesej dakwah perlu diterapkan dalam setiap diri Muslim termasuklah golongan remaja berisiko. Ini penting kerana golongan ini terdedah kepada pelbagai s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nabilah binti Norzli (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Subjects:
Description
Summary:Dakwah fardiyyah merupakan dakwah yang dijalankan secara bersemuka dengan seorang individu atau beberapa orang individu yang lain. Penyampaian mesej dakwah perlu diterapkan dalam setiap diri Muslim termasuklah golongan remaja berisiko. Ini penting kerana golongan ini terdedah kepada pelbagai salah laku jenayah dan masalah akhlak. Penghargaan kendiri remaja berisiko yang lemah dan kurangnya faktor sokongan menyebabkan mereka tidak terdorong mencari pengetahuan berkaitan taubat. Tambahan pula, amalan dakwah fardiyyah ke arah kesedaran taubat tidak berlaku secara formal dalam membantu remaja mencegah perkara mungkar, sebagaimana program-program lain. Ini disebabkan pendekatan dakwah fardiyyah pada masa kini kurang mendapat perhatian masyarakat berbanding dengan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti langkah-Iangkah pendekatan dakwah fardiyyah, mengkaji kesan-kesan dakwah fardiyyah melalui bimbingan taubat bagi membina penghargaan kendiri remaja dan meninjau penghargaan kendiri remaja berisiko di Terengganu. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Data kajian menggunakan teknik temu bual berstruktur dan disokong dengan data kuantitatif daripada soal selidik. Temu bual melibatkan seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada dua orang pegawai di Pondok Inabah, dua orang pegawai di Sekolah Tunas Bakti dan dua orang pegawai di Asrama Akhlak Marang, manakala soal selidik melibatkan 60 orang remaja berisiko di setiap pusat pemulihan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa langkah-langkah pendekatan dakwah fardiyyah melalui bimbingan taubat dalam diri remaja dapat membina usaha mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT. Penerapan nilai taubat dan pendekatan diri kepada Allah SWT dilakukan menerusi pembelajaran kelas agama, ceramah, motivasi, mandi taubat dan kaunseling. Hasil dapatan membuktikan bimbingan taubat menjadi asas kepada pembinaan penghargaan kendiri remaja berisiko dalam menghasilkan penghargaan kendiri yang positif. Pendekatan taubat diiringi dengan zikir dan bacaan al-Quran mampu membentuk nilai-nilai positif. Secara keseluruhan, penghargaan kendiri yang positif dapat ditingkatkan dengan langkah-Iangkah pendekatan dakwah fardiyyah melalui bimbingan taubat mengikut kesesuaian dan latar belakang setiap golongan remaja berisiko.
Physical Description:xi, 221 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 167-175)