| Summary: | Peranan hikmah saintifik di sebalik hukum Islam telah diperakui dalam pengajian alÂQuran dan Hadis khususnya dalam bidang al-i 'jaz al- 'ilmi walaupun wujud perdebatan terhadapnya. Namun, dari sudut sinergi syariah dan sains, hikmah saintifik masih belum diterokai dengan meluas terutama bagi melihat fungsinya dalam penentuan hukum Islam melalui wacana ta 'lil hukum dengan hikmah saintifik. Pengintegrasianjuga perlu dilakukan secara sederhana dan seimbang dengan tidak menolak sains atau terlalu mengagungkannya. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisi peranan hikmah saintifik dalam penyelidikan hukum Islam semasa dengan meneroka konsep al-Ta 'lTL bi al-Hikmah dan hubung kaitnya dengan penyelidikan sains dalam Islam. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tekstual dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan mengaplikasikan metode analisis dokumen dengan mengumpulkan pelbagai bahan bertulis. Beberapa isu fiqh juga dipilih untuk mengkaji pengaplikasian hikrnah saintifik dalam penyelidikan hukum Islam kontemporari seperti isu najis anjing, rawatan menggunakan air kencing unta, larangan membunuh katak, hukum idah dan pembedahan mayat. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Metode induktif dan kornparatif digunakan untuk mengkaji pelbagai pandangan para ulama terhadap al-Ta 'til bi al-Hikmah serta peranan sains yang diimplernentasikan oleh ulama dalam penyelidikan hukum Islam. Metode komparatifjuga digunakan untuk melakukan
perbandingan antara pandangan fiqh silam dan fakta ains terkini. Hasil kajian mendapati bahawa al- Ta 'lil bi al-Hikmah adalah diharuskan apabila ia memenuhi syarat utamanya iaitu jelas, konsisten, seragam, diiktiraf syarak, tidak mernbatalkan rnaksud nas yang definitif, selamat daripada kecacatan dan tidak dilakukan terhadap hukum yang dikategorikan sebagai ta 'abbudi. Bagi memastikan hikmah dapat diterima sebagai alasan hukum pula, ka dah mengetahui hikmah iaitu metode tekstual, deduktif, induktif serta objektif perlu dipatuhi. Penyelidikan sains juga boleh diaplikasikan sebagai medium mengetahui hikmah pensyariatan kerana penyelidikan sains diiktiraf dalam epistemologi ilmu Islam untuk mengetahui dan mengkaji realiti sebenar sesuatu perkara yang merupakan prasyarat sebelum penetapan hukum dapat dilakukan dengan tepat. Bagi memastikan kajian t ntang hikmah saintifik dilakukan dengan tepat dan menepati syarak, ia perlu mengikuti beberapa garis panduan memandangkan dasar utama sains moden adalah konsep yang dibawa oIeh barat yang amat bertentangan dengan nilai Islam. Justeru, kajian ini mendapati bahawa apabila kesemua perkara ini dipatuhi, hikrnah saintifik boleh rnernainkan peranan yang signifikan dalam penyelidikan hukum Islam semasa. Hal ini dibuktikan menerusi pemakaian metode al-Ta'lil bi al-Hikmah dalam beberapa isu terpilih. Hasil kajian ini memberi sumbangan kepada institusi fatwa, institusi pengajian agama, sarjana dan pelajar dalam bidang syariah dengan menyediakan panduan untuk memahami sekali gus mengaplikasikan konsep al-Ta'lil bi al-Hikmah dalam isu sains semasa. Ia juga mampu menjana prospek baharu terhadap eksplorasi sains yang sesuai dilakukan oleh saintis Muslim agar bertepatan dengan perspektif Islam. Kajian ini juga memberi kefahaman yang lebih jelas terhadap hubungan timbal balik dan kesatuan antara syariah dan sains menu rut Islam.
|