Sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di Masjid negeri Kelantan

Kelas takrnir ialah satu pengajian yang telah dijalankan di setiap masjid yang berdaftar sebagai inisiatif untuk mengembangkan ilmu agama yang terdiri daripada akidah, ibadah dan akhlak. Bagaimanapun, laporan lisan MajIis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menunjukkan pengaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Asfarina Zubir (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kelas takrnir ialah satu pengajian yang telah dijalankan di setiap masjid yang berdaftar sebagai inisiatif untuk mengembangkan ilmu agama yang terdiri daripada akidah, ibadah dan akhlak. Bagaimanapun, laporan lisan MajIis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menunjukkan pengajian akidah dalam kelas takmir di Negeri Kelantan perlu dipertingkatkan lagi. Justeru kajian ini bertujuan untuk meninjau sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah di masjid negeri Kelantan. Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti pelaksanaan kelas tersebut, menganalisis faktor sambutan masyarakat dan mengenal pasti masalah-masalah sambutan. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik melibatkan seramai 375 orang responden daripada jemaah masjid yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata sebagai instrumen kajian. Di samping itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi menjawab objektif kajian satu dan tiga. Tatacara pengumpulan data adalah melalui temu bual separa struktur. Responden temu bual terdiri daripada lima orang guru takmir dan lima orang penyelaras takrnir serta seorang pegawai takmir. Data yang diperoleh melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif dalam bentuk min, kekerapan dan peratusan. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 30 orang responden dan didapati nilai Cronbach Alpha pada tahap tinggi bagi item faktor sambutan masyarakat Islam adalah (.810). Hasil kajian mendapati bahawa sambutan masyarakat Islam mernberangsangkan berdasarkan jantina daripada responden lelaki sebanyak 82.9% daripada kategori umur 51 tahun ke atas sebanyak 38.7%. ilai min yang tinggi bagi faktor sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir pengajian akidah adalah faktor keselesaan temp at pengajian mewakili (.637), kemudahan masjid ang berfungsi dengan aik mewakili (.637), faktor kesedaran itu sendiri yang dapat rnendorong jemaah untuk mernpelajari ilmu akidah m wakili (.724), kesihatan yang baik memb lehkan jemaah hadir k kelas takmir m wakili (.677) dan guru yang berpendidikan tinggi memberi key cinan kepada jemaah untuk menghadiri kelas takmir mewakili (.702). Hasil kajian turut menunjukkan nilai min rendah yang perlu dibuat penambahbaikan iaitu guru tidak menggunakan alat bantu mengajar seperti laptop, papan putih atau LCD, manakala hasil kajian daripada temu bual mendapati bahawa perjalanan kelas takmir berjalan dengan lancar dengan ketetapan waktu yang telah ditetapkan oleh MAIK dan beberapa masalah sambutan iaitu perlu menambahbaik lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan lagi sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir. Sementara itu, dapatan temu bual menunjukkan perjalanan kelas takmir berjalan dengan lancar mengikut ketetapan waktu jadual pihak MAIK. Di samping itu, masalah sambutan boleh diatasi menerusi penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan lagi sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir. Penyertaan rnasyarakat Islam terhadap kelas takrnir akidah perlu dipertingkatkan lagi. Walau bagaimanapun, tahap sambutan masyarakat Islam terhadap kelas takmir akidah dijangka lebih meningkat jika beberapa penambahbaikan yang dicadangkan dalam kajian ini dilakukan sekali gus memberi sumbangan kepada sambutan masyarakat.
Physical Description:xiii, 142 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 110-116 )