Botani dan geologi dalam Al-Quran dari aspek I'Jaz 'Ilmi serta hubungannya dengan akidah : kajian perbandingan antara mufassir 'Ilmi dan pengkaji sains moden

Kemukjizatan al-Quran dari aspek i'jaz 'ilmi merujuk kepada ilmu saintifik yang terdapat dalam ayat al-Quran. Ilmu saintifik al-Quran tidak diketahui pada zaman Nabi Muhammad SAW, sebaliknya rahsia itu tersingkap ekoran kemajuan ilmu pengetahuan bermula seawal abad ke-17. Ilmu saintifik in...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Karimah binti Mat Zin (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000100572
005 20240512093000.0
008 211207s2021 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 |a BP130.7   |b .K37 2021 
090 0 0 |a BP130.7   |b .K37 2021 
100 0 |a Karimah binti Mat Zin ,   |e author 
245 1 0 |a Botani dan geologi dalam Al-Quran dari aspek I'Jaz 'Ilmi serta hubungannya dengan akidah :   |b kajian perbandingan antara mufassir 'Ilmi dan pengkaji sains moden   |c Karimah binti Mat Zin 
264 0 |c 2021 
300 |a xxii, 473 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2021 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 425-431) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Kategori dan analisis ayat-ayat botani dan geologi dalam Al-Quran berdasarkan rukun Iman -- 3. Pandangan Mufassirun terhadap ayat-ayat botani dan geologi dalam Al-Quran dan perbandingannya dengan penemuan sains moden -- 4. Hubungan antara ayat botani dan geologi dengan akidah -- 5. Kesimpulan dan cadangan 
520 |a Kemukjizatan al-Quran dari aspek i'jaz 'ilmi merujuk kepada ilmu saintifik yang terdapat dalam ayat al-Quran. Ilmu saintifik al-Quran tidak diketahui pada zaman Nabi Muhammad SAW, sebaliknya rahsia itu tersingkap ekoran kemajuan ilmu pengetahuan bermula seawal abad ke-17. Ilmu saintifik ini merujuk kepada i'jaz al­Quran dalam bidang kosmologi, astronomi, botani, zoologi, geografi, perubatan, geologi, meteorologi, fizik, kimia dan biologi. Walau bagaimanapun umat Islam tidak menyedari bahawa al-Quran adalah sumber primer dalam memahami sains. Hal ini kerana umat Islam telah menjalani proses pendidikan melalui sistem pendidikan yang bersifat dikotomi. Sains dan al-Quran diajar secara berasingan tanpa melihat hubung kait yang signifikan antara keduanya. Justeru kajian ini bertujuan membuktikan bahawa tiada pemisahan antara agama dan penemuan sains dengan menganalisis ayat i'jaz 'ilmi berkaitan dengan botani dan geologi dalam al-Quran. Selain itu pandangan ahli tafsir dan kajian saintifik juga diketengahkan serta menghubungkannya dengan akidah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dan temu bual separa struktur sebagai kaedah pengumpulan data. Analisis kandungan melibatkan huraian tentang penggunaan istilah, pandangan ahli tafsir, fakta dan teori saintifik. Metode temu bual separa struktur bersama beberapa orang informan diaplikasikan bagi mendapat data yang sah berkaitan dengan botani dan geologi. Manakala data dianalisis secara perbandingan antara penemuan sains dan tafsiran al­Quran. Ayat berkaitan dianalisis dengan menghubungkannya dengan rukun iman. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam al-Quran terdapat 218 tempat berkaitan botani dan geologi iaitu 25 tempat berkaitan botani, 117 tempat berkaitan geologi dan 76 tempat kombinasi antara botani dan geologi. Kesemua ayat tersebut didapati tiada satu pun yang bercanggah dengan fakta saintifik. Kajian juga mendapati kesemua ayat tersebut terikat dengan akidah beriman kepada Allah SWT, para malaikat, kitab, para rasul, hari akhirat serta qada' dan qadar. Ayat berunsur saintifik yang terdapat dalam al-Quran perJu diketengahkan kepada masyarakat sebagai salah satu medium bagi membuktikan kebenaran Islam dan al-Quran. Kajian ini dapat memberi dimensi baharu dalam pembelajaran sains khususnya bidang botani dan geologi melalui penelitian ayat al-Quran yang dapat menghubungkan seorang hamba dengan Tuhan Yang Maha Pencipta. 
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Miracles (Islam) 
650 0 |a Qur'an   |x Evidences, authority, etc. 
650 0 |a Religious life   |x Islam 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000183140   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus