Pembinaan instrumen psikometrik untuk mengukur tahap tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah di pusat pemulihan

Masalah ketagihan dadah telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor berisiko tinggi dan berkait rapat dengan tingkahlaku hasrat bunuh diri. Banyak kajian melaporkan bahawa tingkahlaku hasrat bunuh diri ini semakin meningkat dalam kalangan penagih dadah. Pengesanan awal hasrat bunuh diri dala...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norshahira binti Osman (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000100571
005 20221206093000.0
008 211207s2021 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a RC564   |b .N67 2021 
090 0 0 |a RC564   |b .N67 2021 
100 0 |a Norshahira binti Osman ,   |e author 
245 1 0 |a Pembinaan instrumen psikometrik untuk mengukur tahap tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah di pusat pemulihan   |c Norshahira binti Osman 
264 0 |c 2021 
300 |a xiv, 191 leaves, ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Kerja Sosial) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2021 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 164-181) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Kajian literatur -- 3. Metodologi kajian -- 4. Dapatan kajian -- 5. Perbincangan dan rumusan 
520 |a Masalah ketagihan dadah telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor berisiko tinggi dan berkait rapat dengan tingkahlaku hasrat bunuh diri. Banyak kajian melaporkan bahawa tingkahlaku hasrat bunuh diri ini semakin meningkat dalam kalangan penagih dadah. Pengesanan awal hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih adalah penting untuk memastikan mereka tidak mengambil tindakan selanjutnya yang boleh menyebabkan kematian. Kajian ini dilakukan untuk membina satu instrumen tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah bagi mengesan tahap hasrat bunuh diri mereka. Instrumen psikometrik ini dibina berdasarkan situasi di Malaysia. Instrumen yang dibina untuk kajian ini dinamakan sebagai Ujian Tingkahlaku Hasrat Bunuh Diri (Suicidal Ideation Behaviour Assessment - SIBA). Pembinaan instrumen itu dibuat berdasarkan satu kerangka konseptual yang dibentuk secara hipotetikal dan hasil kajian pengkaji-pengkaji terdahulu yang telah membuat penelitian secara mendalam tentang hubungan penagihan dadah dengan tingkahlaku hasrat bunuh diri. Instrumen ini mengandungi empat komponen iaitu konflik interpersonal, kecelaruan emosi, kemurungan, dan putus harapan. Setiap komponen SIBA mengandungi 10 item dan jumlah keseluruhannya ialah 40 item. Analisis Faktor Eksploratori (Exploratory Factor Analysis - EFA) digunakan untuk menentukan keabsahan dan kebolehpercayaan setiap item dalam komponen-komponen tersebut. Dalam hal ini, seramai 123 penagih yang dirawat di Cure & Car Rehabilitation Centre (CCRC) Besut, Terengganu dipilih sebagai responden kajian untuk pengujian instrumen ini. Kajian ini mendapati bahawa nilai Cronbach Alpha bagi komponen konflik interpersonal ialah 0.86, kecelaruan emosi ialah 0.86, kemurungan ialah 0.83, dan putus harapan ialah 0.90. ilai-nilai Cronbach Alpha ini menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan komponen-komponen tersebut adalah tinggi. Dari segi keabsahan item-item yang digunakan nilai factor loading yang diperoleh ialah 0.45-0.87. Julat nilai ini menunjukkan bahawa item-item tersebut boleh diterima dan sesuai untuk instrumen ini. Analisis deskriptif mendapati bahawa 52.85% penagih di CCRC Besut mempunyai tahap hasrat bunuh diri yang rendah, 21.95% berada pada tahap sederhana, 0.31 % pada tahap tinggi, dan 0.81 % pada tahap sangat tinggi. Kesimpulannya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa instrumen yang dibina ini boleh diguna pakai untuk mengukur tahap tingkahlaku hasrat bunuh diri dalam kalangan penagih dadah yang sedang menjalani rawatan di pusat pemulihan tersebut. Pada masa akan datang, instrumen ini dicadangkan agar menjalani beberapa siri ujian lagi untuk memastikannya menjadi satu instrumen yang lebih berkesan dan berguna dengan keperluan semasa. Instrumen SIBA yang dibina ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan terutamanya CCRC dalam usaha membantu penagih yang mempunyai tingkahlaku hasrat bunuh diri untuk diberikan perhatian dan perkhidmatan sokongan psikososial yang lebih baik. 
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Applied Social Sciences   |v Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
650 0 |a Depression, Mental 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Drug abuse   |x Psychological aspects 
650 0 |a Drug addicts 
650 0 |a Psychometrics   |x Methods 
650 0 |a Suicidal behavior   |x Research 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Applied Social Sciences 
999 |a 1000183141   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus