Gerakan Islamic state of Iraq and Syria (ISIS) dan kesan penyebaran di Indonesia

Gerakan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dideklarasikan pada tahun 2014 membawa impak dalam pelbagai aspek kehidupan di seluruh dunia. Indonesia menjadi negara yang tinggi kes keganasan disebabkan gerakan ISIS dan menjadi sasaran untuk penyebaran agenda serta propaganda ISIS. Pemahaman terhadap ge...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Permana, Indra Martian (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Research Institute for Islamic Products and Malay Civilization
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Gerakan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dideklarasikan pada tahun 2014 membawa impak dalam pelbagai aspek kehidupan di seluruh dunia. Indonesia menjadi negara yang tinggi kes keganasan disebabkan gerakan ISIS dan menjadi sasaran untuk penyebaran agenda serta propaganda ISIS. Pemahaman terhadap gerakan ISIS di Indonesia amat penting untuk mengetahui jaringan dan gerakan ISIS di Indonesia serta kesan dari penyebarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan gerakan ISIS, pola, faktor dan impak penyebarannya di Indonesia terhadap keagamaan, sosial, imej Islam, ideologi ban gsa, keamanan dan ekonomi. Kajian menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis dokumen dan temu bual. Data dikumpulkan secara analisis dokumen dan prosedur temu bual dengan mengelompokkan serta menyusun data secara sistematik dalam bentuk perkataan, frasa atau ayat bermakna yang dikodkan. Data ini dianalisis melalui metode deduktif dan induktif deskriptif Hasil kajian memmjukkan gerakan ISIS di Indonesia melakukan 48 kes besar keganasan daripada 341 kes keganasan sepanjang 2014-2018. Pola pergerakan dan penyebaran ISIS di Indonesia menggunakan empat pendekatan utama iaitu internet dan sosial media, jaringan dan alumni, institusi pendidikan serta dakwah dan tabligh. Indonesia menjadi sasaran penyebaran ISIS dibuktikan dengan penglibatan 2.7 juta penduduk dalam aktiviti keganasan, kewujudan pelbagai kumpulan keganasan dan sasaran pengumpulan dana untuk gerakan ISIS. Kajianjuga mendapati wujudnya keterlibatan ejen perisikan dalam kes terorisme di Indonesia termasuk kes ISIS. Impak dari penyebaran gerakan ini di Indonesia membawa kesan terhadap agama, sosial, imej Islam, ideologi bangsa, keamanan dan ekonomi. Gerakan ISIS di Indonesia terbukti besar dan memberi impak terhadap pelbagai aspek dalam kehidupan berbangsa dan masyarakat di Indonesia. Situasi ini memerlukan usaha yang maksimurn bagi mencegah dan mengatasi penyebaran ideologi dan kefahaman ISIS yang menyebabkan berlakunya keganasan di Indonesia.
Physical Description:xvii, 408 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 322-342)