معوقات تطبيق ادارة الجودة الشاملة واثرها على مؤشرات التحسين في الجامعات الخاصة الاردنية من وجهة نظر اعضاء الهيئة التدريسية والادارية

Pengenalan: Pengurusan kualiti menyeluruh merupakan salah satu pendekatan kontemporari untuk memajukan pendidikan universiti, merealisasikan merit daya saing dan mencapai pemeringkatan antarabangsa bagi institusi pengajian tinggi. Narnun, universiti di Jordan, khususnya sebahagian universiti swasta,...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: ذيابات، مراد اسلام جميل (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Pengenalan: Pengurusan kualiti menyeluruh merupakan salah satu pendekatan kontemporari untuk memajukan pendidikan universiti, merealisasikan merit daya saing dan mencapai pemeringkatan antarabangsa bagi institusi pengajian tinggi. Narnun, universiti di Jordan, khususnya sebahagian universiti swasta, berdepan dengan sejumlah halangan yang membantutkan pelaksanaan standard kualiti menyeluruh ini. Walaupun beberapa universiti swasta berjaya memperoleh akreditasi, beberapa universiti swasta lain tidak berjaya memperolehinya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan dalam pelaksanaan pengurusan kualiti menyeluruh di universiti swasta Jordan yang memperoleh akreditasi dan yang tidak memperoleh akreditasi, selain mengenal pasti kesan halangan tersebut terhadap petunjuk prestasi di universiti melalui kajian perbandingan yang melibatkan pandangan dua kategori staf; staf akademik dan staf pentadbiran. Metode: Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan pendekatan deskriptif dan perbandingan. Bagi mencapai objektif kajian, satu borang soal selidik dibina yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah berkaitan halangan dalarn pelaksanaan pengurusan kualiti menyeluruh di universiti swasta Jordan dan terdiri daripada 53 item. Manakala bahagian kedua pula berkaitan petunjuk prestasi berterusan di universiti swasta Jordan yang terdiri daripada 20 item. Instrumen kajian diedarkan kepada sampel secara rawak berstrata yang terdiri daripada 396 staf akademik dan 742 staf pentadbiran di empat universiti swasta Jordan; iaitu Universiti Nasional lrbid, Universiti Nasional Jerash, Universiti Nasional Amman dan Universiti Swasta Sains Gunaan. Analisis statistik yang sesuai dijalankan dan dapatan kuantitatif diekstrak menerusi kiraan min dan sisihan piawai, ujian T, anal isis ujian A OVA sehala, analisis ujian MANOVA sehala dan analisis regresi bertahap linear berganda. Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan bahawa halangan terhadap penerapan pengurusan kualiti menyeluruh di universiti swasta Jordan dari sudut pandang kedua pihak staf akademik dan pentadbiran memperoleh penilaian yang rendah secara keseluruhan dengan min (2.57). Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik antara kedua-dua min sampel kajian pada item instrumen kajian yang berkaitan dengan halangan penerapan pengurusan kualiti menyeluruh di universiti swasta Jordan secara keseluruhan dari segi status akreditasi dengan kelebihan memihak kepada universiti yang tidak mendapat akreditasi. Tidak terdapat perbezaan signifikan secara statistik pada item halangan penerapan pengurusan kualiti menyeluruh di universiti swasta Jordan secara keseluruhan dari segi sifat pekerjaan dan tempoh pengalarnan bekerja. Dapatan menunjukkan bahawa tahap petunjuk prestasi kualiti pendidikan di universiti swasta Jordan mencapai tahap yang tinggi secara keseluruhan dengan min (3.47). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara individu sampel kajian pad a petunjuk prestasi secara keseluruhan dikaitkan dengan pemboleh ubah status akreditasi yang memihak kepada universiti yang memperoleh akreditasi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik pada item instrumen kajian yang berkaitan dengan petunjuk prestasi secara keseluruhan bagi pemboleh ubah sifat pekerjaan, Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan secara statistik antara min respon sarnpel kajian pada item secara keseluruhan dari aspek setiap bidang pengajaran dan dari aspek petunjuk prestasi di universiti swasta Jordan. Kesimpulan: Sumbangan kajian ini adalah menerusi pengenalpastian halangan yang dihadapi dalam pelaksanaan pengurusan kualiti menyeluruh di universiti swasta Jordan yang memperoleh akreditasi dan yang tidak memperoleh akreditasi. Kajian ini juga memberi panduan yang jelas kepada pentadbir universiti swasta di Jordan mengenai cara mendapatkan sijil kualiti menyeluruh serta cara untuk mengelakkan halangan yang menghalang usaha peningkatan prestasi.
Physical Description:269 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 225-238)