اساليب مكافحة الارهاب المتبعة لدى وحدة مكافحة الارهاب الاردنية

Pengenalan: Keganasan merupakan masalah global di seluruh dunia. Fenomena ini lebih tertumpu di Timur Tengah yang dianggap pusat konflik antarabangsa. Dunia mengisytiharkan perang terhadap pengganas ini sebagai peperangan global. Seluruh negara di Timur Tengah turut terancam dan terkesan termasuk Jo...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: وريكات، عدنان توفيق (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000100522
005 20231228093000.0
008 211031s2021 my ara
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a HV6431   |b .W75 2021 
090 0 0 |a HV6431   |b .W75 2021 
100 1 |a وريكات، عدنان توفيق ,   |e author 
241 1 2 |a Asalib mukfahat al-irhab al-Muttaba'ah lada wahdah mukfahat al-irhab al-Urduniyah 
245 1 0 |a اساليب مكافحة الارهاب المتبعة لدى وحدة مكافحة الارهاب الاردنية   |c عدنان توفيق وريكات 
264 0 |c 2021 
300 |a 297 leaves ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Degree of Doctor of Philosophy) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2021 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 269-280) 
520 |a Pengenalan: Keganasan merupakan masalah global di seluruh dunia. Fenomena ini lebih tertumpu di Timur Tengah yang dianggap pusat konflik antarabangsa. Dunia mengisytiharkan perang terhadap pengganas ini sebagai peperangan global. Seluruh negara di Timur Tengah turut terancam dan terkesan termasuk Jordan. Ini berikutan kedudukan Jordan yang bersempadan dengan Iraq dan Syria yang menjadi pusat peperangan ini. Peningkatan keganasan di Jordan dikaitkan dengan peningkatan operasi pengganas, penyebaran ideologi ekstremis dalam kalangan warga Jordan, penglibatan sejumlah besar rakyat Jordan dalam organisasi pengganas dan potensi pengembangan organisasi pengganas yang terletak berhampiran sempadan Jordan yang semakin meluas. Tujuan kajian ini adalah untuk menjelaskan makna keganasan dan menyatakan kategori serta faktor keganasan. Kajian juga menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh Jordan terhadap pemikiran ekstrim dan mengukur sejauh mana kaedah syarak yang dilaksanakan di Unit Anti-Keganasan Jordan selaras dengan tuntutan Islam. Ia juga bertujuan mengukur sejauh mana kejayaan Unit Anti-Keganasan Jordan menangani pelampau keganasan ini dengan kaedah tersebut. Metode: Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan pengumpulan data berdasarkan pengalaman dan pemerhatian serta pelbagai maklumat yang diterima daripada media dan laporan tempatan dan antarabangsa. Data terse but dianalisis dan dibandingkan dengan realiti operasi perjuangan melawan keganasan. Cara yang digunakan oleh Unit Anti-Keganasan juga dianalisis dengan merujuk hukum yang disimpulkan daripada sumber al-Quran dan al­Sunnah. Keputusan: Kajian menunjukkan bahawa keganasan tidak mencerminkan realiti agama Islam dan sebahagian besar mangsa keganasan adalah orang Islam. Kajian juga mendapati bahawa organisasi pengganas yang mendakwa berjuang atas dasar Islam ini adalah terpesong daripada ajaran Islam. Turut berlaku juga pendustaan atas nama Islam demi pengembangan dan penyebaran pemikiran organisasi ini. Kajian seterusnya menunjukkan bahawa pilihan terbaik menghadapi organisasi tersebut adalah dengan melalui tindakan intelektual. Ia dihasilkan daripada pemahaman yang betul mengenai nas syarak yang mampu menjelaskan bahawa organisasi ini, menyimpang daripada makna sebenarnya dengan tingkah laku mereka. Selanjutnya, kajian juga menunjukkan bahawa cara yang digunakan oleh Unit Anti-Keganasan sebenarnya berasal daripada sumber syariat Islam dalam memerangi jenayah individu dan harta benda. Unit Anti-Keganasan Jordan juga perlu memperluaskan pendekatan syarak dalam memerangi ekstremisme. Agensi anti-keganasan di pelbagai negara di dunia terutamanya negara Arab dan Islam perlu menggunakan kaedah ini. Ia pasti akan membawa kepada definisi agama Islam yang betul serta mampu menghapuskan keganasan. Kesimpulan: Hakikatnya organisasi keganasan seperti Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) tidak mempunyai kaitan langsung dengan Islam. Penggerak organisasi ini hanya memiliki matlamat peribadi dan berpunca daripada tujuan politik negara yang memerangi keganasan. Sebagai rumusan, kaedah terbaik untuk mengatasi ekstremisme ini adalah melalui kesedaran yang betul mengenai ajaran Islam dan bukan melalui konfrontasi ketenteraan. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Islam and state 
650 0 |a Islam and state   |z Jordan 
650 0 |a Terrorism 
650 0 |a Terrorism Prevention   |z Jordan 
650 0 |a Terrorism   |x Prevention 
650 0 |a Terrorism   |x Religious aspects   |x Islam 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000183008   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus