Kesan kepimpinan strategik terhadap kecemerlangan sekolah diperantarakan oleh atribut pengetua berkesan di selatan Thailand

Kualiti tadbir urus dan kepimpinan yang diterajui oleh pengetua memainkan peranan yang penting dalam menjamin kecemerlangan sekolah. Walau bagaimanapun, masih terdapat saranan daripada pelbagai pihak untuk memperbaiki mutu tadbir urus dan kepimpinan sekolah khususnya di Selatan Thailand. Lapor...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Farid Abdullahhasan (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kualiti tadbir urus dan kepimpinan yang diterajui oleh pengetua memainkan peranan yang penting dalam menjamin kecemerlangan sekolah. Walau bagaimanapun, masih terdapat saranan daripada pelbagai pihak untuk memperbaiki mutu tadbir urus dan kepimpinan sekolah khususnya di Selatan Thailand. Laporan penilaian kualiti pendidikan sekolah oleh Pejabat uruhanjaya Pendidikan Negara Thailand ada menyatakan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan kepimpinan sekolah di Thailand di antaranya ialah sikap tidak profesional pengetua, kelemahan dalam pengurusan aktiviti sekolah, polisi kerajaan yang tidak sesuai dengan kemampuan sekolah tempatan dan kelayakan eksekutif pengetua. Justeru, kajian ini bertujuan mengukur kesan kepimpinan strategik terhadap kecemerlangan sekolah diperantarakan oleh atribut pengetua berkesan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif yang rnenggunakan rekabentuk kaedah anal isis secara deskriptif dan inferensi. Soal selidik telah dia aptasi menggunakan model yang melibatkan konstruk-konstruk kepimpinan strategik, atribut pengetua berkesan, dan kecemerlangan sekolah. Seramai 310 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian terdiri daripada pengetua sekolah di lima wilayah Selatan Thailand. Kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengukur tahap amalan operasi, manakala analisis faktor pengesahan dan pemodelan persamaan berstruktur digunakan bagi menganalisis data inferensi untuk mengukur kesan kepimpinan strategik terhadap kecemerlangan sekolah yang diperantarakan oleh atribut pengetua berkesan. Kajian ini mendapati bahawa tahap amalan operasi sekolah dalam kalangan para pengetua di Selatan Thailand adalah pada tahap yang tinggi. Kajian analisis faktor pengesahan, model pengukuran bagi konstruk kepimpinan strategik, konstruk atribut pengetua berkesan, dan konstruk kecemerlangan sekolah, didapati padanan model pengukuran dan struktur memuaskan. Dapatan kajian rnengukur pemodelan persamaan berstruktur turut mendapati bahawa konstruk kepimpinan strategik yang diperantarakan oleh konstruk atribut pengetua berkesan sebagai konstruk penengah telah memberi kesan yang positif dan mernuaskan terhadap konstruk kecemerlangan sekolah. Kepimpinan strategik merupakan satu elemen yang mempengaruhi kecemerlangan sesebuah institusi. Oleh itu, ia perlu diperkasakan dalam kalangan pengetua sekolah kerana ia memberi impak positif terhadap kecemerlangan dan kualiti pentadbiran sekolah.
Physical Description:xix, 365 leaves ; 31cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 332-346)