Pembinaan model komprehensif pemilihan mufti di Malaysia

Jawatan mufti sinonim dengan individu yang memiliki pengetahuan mendalam berkaitan perihal agama. Di Malaysia, pelantikan mufti dibuat ecara rasmi oleh pihak pemerintah negeri. Setiap negeri memperuntukkan undang-undang yang khusus berkenaan perkara ini. Namun, enakmen perundangan yang diperun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Alif bin Md Aris (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Jawatan mufti sinonim dengan individu yang memiliki pengetahuan mendalam berkaitan perihal agama. Di Malaysia, pelantikan mufti dibuat ecara rasmi oleh pihak pemerintah negeri. Setiap negeri memperuntukkan undang-undang yang khusus berkenaan perkara ini. Namun, enakmen perundangan yang diperuntukkan hanyalah bersifat umum dan tidak dinyatakan secara jelas mengenai kriteria yang melayakkan seseorang menyandang jawatan mufti. Hal ini menyebabkan timbulnya persoalan mengenai kelayakan yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang mufti. Malah, isu pelantikan mufti juga telah menjadi polemik kerana aliran tertentu berusaha rnelobi calon yang mempunyai kecenderungan kepada fikrah masing-masing. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah menganalisis konsep mufti di Malaysia yang meliputi sejarah kewujudan mufti, kaedah pelantikan dan kriteria kelayakan mufti dilakukan untuk membina satu model komprehensif pemilihan mufti di Malaysia. Bagi mencapai tujuan kajian, metodologi yang digunakan adalah berasaskan kepada kajian kualitatif dan mempraktikkan kajian penerokaan sebagai reka bentuk kajian. Dari sudut pengumpulan data, kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual tidak berstruktur, Data yang diperoleh melalui dua kaedah tersebut dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Analisis data mendapati bahawa terdapat tiga dapatan utama dalam kajian ini. Pertama, jawatan mufti sangat signifikan sejak zaman permulaan Islam sehinggalah hari ini termasuk di negara Malaysia. Kedua, pelantikan mufti di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa ketua agama negeri dan 14 orang mufti yang berkhidmat di setiap negeri mempunyai kelayakan akademik yang berlatarbelakangkan pengajian Islam. Ketiga, terdapat lima kriteria yang digariskan dalam model komprehensif pemilihan mufti di Malaysia iaitu; Muslim dan mukalaf, lelaki dan warganegara, menguasai ilmu agama dan memiliki kelayakan akademik, berakhlak mulia serta berpengalaman dalam perkhidmatan. Setiap kriteria ini mempunyai keutamaan tersendiri iaitu bagi Muslim dan mukalaf keutamaannya adalah individu yang berpegang dengan prinsip Ahli Sunah Waljamaah dan berusia 40 tahun dan ke atas. Keutamaan kriteria kedua adalah anak watan negeri. Manakala kriteria ketiga keutamaannya adalah memiliki kelayakan akademik bertaraf Ijazah Doktor Falsafah dan pengkhususan dalam bidang syariah. Keutamaan kriteria keempat adalah memiliki akhlak yang mahmudah dan seorang individu yang menghafal al-Quran. Keutamaan kriteria kelima adalah pernah berkhidmat sebagai timbalan mufti, ahli jawatankuasa fatwa dan pensyarah pengajian Islam. Seorang mufti di Malaysia sering diharapkan menjadi individu yang memiliki pengetahuan mendalam tentang akidah Islam dan amalannya. Oleh yang demikian, kajian ini telah mewujudkan satu model komprehensif yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berkuasa negeri bagi menilai kelayakan seseorang individu sebelum dilantik menjadi mufti. Malah, melalui kajian ini juga ketokohan mufti sebagai tempat rujukan agama Islam yang berautoriti dan berkaliber kepada pemerintah khususnya dan juga masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya dapat dipelihara daripada berlakunya sebarang anasir yang boleh mempertikaikan kewibawaan seseorang mufti.
Physical Description:xiv, 262 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 234-258)