| Summary: | Bahasa Arab telah lama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia dan
rnenjadi subjek bahasa pilihan yang penting di sekolah. Namun, sehingga hari ini,
pencapaian Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di peringkat menengah masih berada
pada tahap sederhana. Pencapaian Bahasa Arab yang kurang memberangsangkan ini
adalah disebabkan oleh efikasi kendiri penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
yang kurang memuaskan. Efikasi kendiri penguasaan Bahasa Arab ialah suatu
keyakinan dalam diri pelajar terhadap kemampuan dirinya untuk menguasai Bahasa
Arab. Keyakinan yang tinggi akan memberi kesan yang positif terhadap hasil
pembelajaran Bahasa Arab dan sebaliknya. Oleh itu, efikasi kendiri penguasaan Bahasa
Arab perlu diberi perhatian serius bagi meningkatkan pencapaian Bahasa Arab dalam
kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri
penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama (SMA) dan
sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) di daerah Besut, Terengganu. Kajian
ini berbentuk deskriptif dan inferensi yang menggunakan kaedah kuantitatif. Lokasi
kajian melibatkan sekolah menengah agama dan sekolah menengah kebangsaan agama
ang terletak di bandar, pinggir bandar, dan luar bandar yang menawarkan mata
pelajaran Bahasa Arab. Kaedah persampelan rawak mudah dan kaedah persampelan
rawak berstrata digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian adalah seramai 184 orang
pelajar yang terdiri daripada 69 orang pelajar lelaki dan 115 orang pelajar perempuan.
Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik Efikasi Kendiri Penguasaan
Bahasa Arab yang berasaskan Morgan Jinks Self Efficacy Scales (MJSES) Inventory
ciptaan Morgan dan Jinks (1990). Manakala nilai pekali kebolehpercayaan Alpha
Cronbach (MJSES) melalui kajian rintis dan analisis faktor ialah 0.73. Tatacara
penganalisisan data adalah secara analisis Ujian t, ANOV A, korelasi dan regresi. Basil
dapatan kaj ian menunj ukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi efikasi
kendiri penguasaan Bahasa Arab di MA dan SMKA berdasarkan faktor jantina, jenis
sekolah dan lokasi sekolah. Tetapi dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara efikasi kendiri penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
dengan faktor pencapaian akademik pelajar. Manakala keputusan analisis regresi
menunjukkan terdapat kesan yang signifikan antara efikasi kendiri penguasaan Bahasa
Arab terhadap pencapaian akademik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa efikasi
kendiri penguasaan Bahasa Arab berperanan sebagai faktor perarnal yang signifikan
terhadap pencapaian akademik pelajar. Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh
guru-guru dan tenaga pengajar sebagai panduan dalarn menilai tahap efikasi kendiri
penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar bagi memastikan kecemerlangan
pengua aan Bahasa Arab dapat dicapai. Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan
bahan rujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merangka suatu
kaedah dalam menggubal dasar-dasar pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan
tahap efikasi kendiri penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia.
|