| Summary: | Peta pemikiran i-Think merupakan suatu alat untuk meningkatkan kemahiran berfikir
yang dipersembahkan dalam lapan bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah
difahami dan digunakan secara merentas kurikulum. Namun begitu, penggunaan peta
pemikiran i-Think masih kurang diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Islam.
Sedangkan peta pemikiran i-Think terbukti mampu meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah menetapkan tempoh lima tahun untuk membuat lonjakan dalan kualiti
pendidikan negara selaras dengan penarafan kualiti sistem pendidikan di Malaysia
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pengajaran dalam
Pendidikan Islam sinonim dengan pengajaran secara konvensional. Guru kerap
menggunakan teknik pengajaran sehala sehingga menyebabkan pelajar menjadi pasif
dan kemahiran berfikir tidak berkembang dengan sewajamya. Justeru, penggunaan peta
pemikiran i-Think merupakan pendekatan pengajaran yang terbaik dijalankan oleh guru
bagi mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti tahap persepsi kebolehgunaan dan kemudahgunaan terhadap
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru Pendidikan Islam di
Terengganu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif jenis kaedah
tinjauan. Data dianalisis daripada sampel soal selidik yang diadaptasi daripada Davis.
Sampel kajian terdiri daripada 300 orang guru Pendidikan Islam di Terengganu yang
dipilih secara rawak daripada jumlah populasi seramai 1230 orang. Analisis deskriptif
yang digunakan ialah peratus, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi
menggunakan ujian-T. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru tentang
kebolehgunaan dan kemudahgunaan terhadap pelaksanaan pemikiran i-Think adalah
berada di tahap yang tinggi. Kajian ini juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan
dalam persepsi guru tentang kebolehgunaan dan kemudahgunaan dari aspek jantina.
Seteru nya kajian ini turut mendapati persepsi guru tentang kebolehgunaan mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kemudahgunaan dan penggunaan peta pemikiran i
Think. Selain itu, penggunaan peta pemikiran i-Think turut memberi kesan kepada
peningkatan KBAT dan pencapaian murid dalam Pendidikan Islam. Hasil kajian ini
dijangka dapat menjadi panduan kepada pihak sekolah dan KPM untuk meningkatkan
penggunaan peta pemikiran i- Think serta menyelesaikan masalah dalam
mengaplikasikan elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran agar seiring
dengan hasrat PPPM 2013-2025.
|