| Summary: | Tahap pencemaran udara yang membimbangkan dan peningkatan harga petrol adalah
dua faktor utama dalam sektor industri pengangkutan yang menarik perhatian
penyelidik untuk mencari penyelesaian. Penggunaan gas hidrogen dan oksigen (HHO)
dilihat menjadi penyelesaian tenaga alternatif terbaik yang boleh dihasilkan melalui
teknik elektroli is. Keberkesanan penghasilan gas HHO ini bergantung kepada
parameter plat elektrod. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan parameter plat
elektrod terhadap kelajuan enjin dan pelepasan gas ekzos. Projek penyelidikan ini
mempunyai tiga objektif. Pertama, membangunkan unit sel bahan bakar untuk
menghasilkan gas HHO berdasarkan teknik elektrolisis. Kedua, menjalankan kaedah
reka bentuk eksperimen untuk mengumpul data kelajuan enjin dan pelepasan gas ekzos
terhadap tiga parameter plat elektrod. Ketiga, menganalisa kesan ketara parameter plat
elektrod terhadap prestasi enjin dan pelepasan gas ekzos iaitu karbon monoksida (CO)
dan Hirdrokarbon (He). Projek penyelidikan ini terbahagi kepada beberapa tugasan.
Tugasan 1 melibatkan kajian reka bentuk dan teknik pengeluaran gas HHO. Ini juga
meliputi ka dah semasa, batasan dan kelebihan terkini penggunaan gas HHO dalam
cetusan p mbakaran enjin petrol. Jangkaan awal, kaedah penggunaan bahan api yang
lebih rendah dan pelepasan pencemaran gas ekzos yang minima boleh dicapai tanpa
perlu pengubahsuaian besar reka bentuk enjin kenderaan dapat dirumuskan. Akhimya,
set lengkap peranti yang mampu menghasilkan gas HHO dibangunkan. Penggunaan
keluli tahan karat ketebalan 1 mm yang ditenggelamkan didalam air telah dipilih
sebagai bahan plat elektrod. Ini disebabkan kos, kesesuaian dan faktor ketersediaan
berbanding dengan bahan lain seperti zink dan tembaga. Luas permukaan, bilangan dan
jurang antara plat elektrod adalah parameter terkawal yang digunakan dalam kajian ini
bagi melihat kesan terhadap prestasi enjin. Tugasan 2 melibatkan p ngumpulan data
kajian secara eksperimen terancang melalui penggunaan set peranti yang dibina dengan
sebuah enjin petrol empat lejang satu silinder. Enjin ini disejukkan oleh udara serta
menggunakan karburator yang dibekalkan oleh GUNT Hamburg, Jerman. Lubang kecil
bergaris pusat 6 mm ditebuk pada liang masukan enjin untuk membolehkan gas HHO
secara semulajadi bercampur dengan petrol dan akhirnya dimampat seterusnya dibakar
dalam kebuk pembakaran. Peranti elektronik khas yang dibangunkan bertujuan
membekalkan elektrik arus terus berkadar tetap sebanyak 10-Amp 18- Volt ke setiap
plat elektrod bagi menghasilkan fenomena elektrolisis. Enjin diuji-Iari pada 16 situasi
yang berbeza dengan merekodkan kelajuan enjin, pembebasan gas CO dan gas HO.
Tugasan ke 3 melibatkan penggunaan peri sian Design Expert sebagai alat analisa data
berasaskan pendekatan dua peringkat reka bentuk faktorial penuh. Signifikasi statistik
terhadap parameter terkawal yang menyumbang kepada kelajuan enjin dan pelepasan
ekzos telah dikenal pasti dan ditentukan oleh anal isis variasi. Didapati bahawa bilangan
plat berinteraksi dengan luas permukaan plat elektrod yang besar adalah faktor
signifikan terhadap peningkatan kelajuan enjin pada purata 26%, pengurangan purata
CO sebanyak 53% dan pengurangan HC sebanyak 57%. Sebagai kesimpulan, bilangan
plat elektrod yang lebih banyak dan permukaan plat elektrod yang lebih luas, akan
menghasilkan lebih banyak kandungan gas HHO yang menyebabkan pembakaran
bahan bakar berlaku dengan lebih sernpurna. lni mernberi kesan terhadap putaran
enjin yang lebih tinggi dan pengurangan CO dan kandungan HC dalam pelepasan
ekzos gas.
|