القراءات الشاذة ومنهج عرضها واثرها في تفسير مفاتيح الغيب للامام الرازي دراسة تحليلية

Pengenalan: Kitab tafsir Imam al-Razi mengumpulkan bahan ilmiah yang bemilai yang meliputi qiraat al-Quran serta isu bahasa dan tafsir. Ia merupakan antara kitab tafsir dengan ijtihad (tafsir bi al-ma 'qul) yang terkemuka. Kitab ini mengandungi sejumlah besar qiraat syaz yang memberi kesan terh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: عبد القوي، عبد القوي ابو بكر رمضان (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Pengenalan: Kitab tafsir Imam al-Razi mengumpulkan bahan ilmiah yang bemilai yang meliputi qiraat al-Quran serta isu bahasa dan tafsir. Ia merupakan antara kitab tafsir dengan ijtihad (tafsir bi al-ma 'qul) yang terkemuka. Kitab ini mengandungi sejumlah besar qiraat syaz yang memberi kesan terhadap ilmu Islam dan bahasa Arab. Hal ini mendorong pengkaji untuk menyelidik penulisan Imam al-Razi tentang qiraat syaz bagi menyerlahkan peranan dan kedudukan keilmuan beliau dalam perbahasan mengenai qiraat syaz dan metodologi beliau ketika mengupasnya. Walaupun Imam al­Razi banyak berhujah menggunakan qiraat syaz, beliau tidak mengemukakan kesemua qiraat syaz yang ada serta tidak menisbahkan sebahagian besar qiraat ini kepada perawinya. Malah pada kebanyakan masa, beliau hanya menyebut dan menyarnpaikan qiraat syaz yang terdapat dalam tafsir beliau sahaja. Justeru, permasalahan kajian ini dimanifestasikan melalui tujuan kajian ini yang berhasrat menerangkan kedudukan keilmuan Imam a-Razi dan peranan beliau dalam bidang qiraat, menjelaskan metodologi beliau ketika mennyampaikan qiraat syaz, melihat sejauh mana ia dinisbahkan kepada perawinya, selain menzahirkan kesan qiraat syaz terhadap ilmu syariah. Kesemua isu ini memerlukan analisis, perbincangan dan kajian. Metode: Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah induktif bagi mengumpul data dan mengkaji kitab qiraat al-Quran bagi meneliti isu yang berkaitan dengan qiraat syaz dari segi jenis, surnber dan hukurnnya. Kajian ini juga menggunakan kaedah analisis bagi menganalisis maklumat yang telah dikumpulkan menerusi kajian tentang qiraat yaz dalam kitab Mafatih al-Ghayb, terutamanya dalam konteks rnengkaji kesan qiraat syaz dan menisbahkannya kepada perawinya. Keputusan: Dapatan kajian ini menzahirkan kedudukan Imam al-Razi dan kedalaman pengetahuan beliau mengenai qiraat syaz menerusi penggunaan qiraat syaz yang banyak, penjelasan yang terperinci mengenai qiraat syaz di dalam tafsir beliau serta penggunaan qiraat syaz bagi menerangkan pendapat beliau dalam tafsir. Kajian ini turut mendapati bahawa kitab Mafatih al-Ghayb mengandungi banyak qiraat syaz yang tidak dinisbahkan kepada perawinya. Bagaimanapun, setelah diteliti, kajian mendapati bahawa kebanyakan qiraat ini terdapat di dalam mushaf Ibn Mas'ud dan Ubay bin Ka'ab. Dapatan juga menunjukkan bahawa Imam al-Razi tidak mengemukakan qiraat syaz sekiranya tiada keperluan. Malah, beliau berpendapat bahawa berhujah dengan qiraat syaz untuk mengeluarkan hukum fiqh adalah tidak dibolehkan. Bagaimanapun, beliau banyak menggunakan qiraat syaz sebagai dahl bagi mengupas qiraat mutawatir. Dapatan turut menjelaskan bahawa Imam al-Razi menggunakan beberapa pendekatan ketika menyampaikan qiraat syaz. Antaranya melalui penggunaan hadis, ilmu nahu dan saraf, bahasa kaum Arab, rasm uthmani, syair Arab dan keselarian makna. Kajian juga menunjukkan bahawa qiraat syaz memberi kesan secara langsung terhadap tafsir al­Razi sarna ada melalui penarnbahan makna baharu, penghapusan kekeliruan dalam ayat, atau peluasan huraian makna ayat al-Quran. Kesimpulan: Kajian ini memberi sumbangan menerusi penjelasan mengenai metodologi Imam al-Razi kepada masyarakat, penerangan mengenai cara memanfaatkan qiraat syaz dan bagaimana menggunakannya dalam penetapan hujah serta menerangkan kesan qiraat syaz terhadap tafsir. Kesemua ini memberi manfaat kepada para pengkaji yang ingin mendalami ilmu qiraat serta mempelajari perkaitan antara ilmu qiraat dengan dengan ilmu tafsir.
Physical Description:198 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 189-196)