مخاطر صيغ التمويل الاسلامي دراسة ميدانية على البنك الاسلامي الاردني

Pengenalan: Selari dengan perkembangan ekonomi global yang bergantung kepada urusan perbankan yang berasaskan riba, sistem ekonomi Islam telah menubuhkan bank tanpa riba. Lantaran besarnya peranan yang dimainkan oleh perbankan Islam, pengkaji terdorong untuk menjelaskan beberapa aspek agenda penubuh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: عثامنة، رامي حسين سالم (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Pengenalan: Selari dengan perkembangan ekonomi global yang bergantung kepada urusan perbankan yang berasaskan riba, sistem ekonomi Islam telah menubuhkan bank tanpa riba. Lantaran besarnya peranan yang dimainkan oleh perbankan Islam, pengkaji terdorong untuk menjelaskan beberapa aspek agenda penubuhan bank Islam ini, yang telah membuktikan kesesuaian aplikasi syariah Islam untuk setiap masa dan tempat. Perbankan Islam berdepan dengan pelbagai cabaran dalam urusniaganya yang menggunakan terma kewangan Islam, disebabkan oleh pelbagai risiko yang dihadapi oleh terma ini dalam penggunaannya. Permasalahan kajian ini memfokus kepada risiko yang dihadapi oleh Bank Islam Jordan apabila berurusniaga menggunakan terma kewangan Islam ini, dan bagaimana risiko yang dihadapi berbeza-beza mengikut terma yang digunakan. Kajian ini cuba menetapkan terma pelaburan di institusi kewangan Islam secara umum, dan di Jordan secara khusus, selain menjelaskan risiko paling kritikal yang mendepani terma-terma ter but serta mencadangkan jalan penyelesaian apabila berdepan dengan risiko yang boleh mengeluarkan terma ini daripada keharusan syar'ie. Metode: Kajian ini menggunakan metode analisis deskriptif untuk mengkaji isu yang diketengahkan dan kaedah kualitatif untuk melakukan temu bual. Responden kajian terdiri daripada pegawai Bank Islam Jordan. Data dikumpul melalui soal selidik bagi kaedah kuantitatif dan melalui temu bual bagi kaedah kualitatif. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS, manakala bagi kaedah kualitatif, data temu bual dianalisis mengikut respons yang dikemukakan oleh para pengurus kewangan dan pelaburan, serta pengurus cawangan terhadap soalan yang diajukan kepada mereka. Keputusan: Antara dapatan kajian ialah terdapat kesan yang signifikan secara statistik dalam penggunaan terma kewangan Islam (enam terma) terhadap risiko kewangan dan dalam penggunaan kesemua terma ini oleh Bank Islam Jordan. Risiko dalam penggunaan terma ini adalah berbeza-beza. Justeru, kajian ini turut menyarankan jalan penyelesaian bagi mengelakkan risiko ini. Kesimpulan: Dapatan utama kajian ini ialah jawapan terhadap persoalan yang telah mencetuskan kajian ini, iaitu terdapat kesan yang signifikan secara statistik dalam penggunaan terma kewangan Islam (enam terma) terhadap risiko kewangan. Dengan kata lain, penggunaan terma kewangan Islam mengurangkan risiko kewangan sekaligus membuktikan keberkesanannya dalam mendepani risiko yang pelbagai. Penggunaan terma kewangan Islam juga mencatat keuntungan yang tinggi, terutamanya jika semua terma digunakan seperti yang diamalkan oleh Bank Islam Jordan.
Physical Description:259 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 212-225)