| Summary: | Dunia telah banyak berubah dan telah memberi kesan terhadap institusi jagaan anak yatim dan miskin untuk meningkatkan kualiti pengurusannya ke satu tahap yang lebih baik. Walaubagaimanapun, tiada data lengkap jumlah sebenar institusi jagaan anak yatim dan miskin di Terengganu. Amalan pengurusan yang diguna pakai untuk pengoperasian institusi tersebut juga tidak diketahui. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat amalan yang diguna pakai bagi mengurus institusi berkenaan. Hasil kajian ini digunakan untuk membina satu amalan baik pengurusan institusi jagaan anak yatim dan miskin di Terengganu. Kajian ini juga dilaksanakan untuk membentuk profil ringkas institusi jagaan tersebut bagi kegunaan pada masa hadapan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan semakan laporan, pengumpulan maklumat sekunder dan temu bual bersemuka dengan 49 orang pengurus/penjaga institusi jagaan anak yatim dan miskin berpandukan satu set borang senarai semak. Borang tersebut rnengandungi 11 bahagian iaitu profil institusi, profil kakitangan, profil penghuni, pengurusan makanan, pendidikan penghuni, kesihatan, perkhidrnatan psikososial, keselamatan institusi, kewangan, kemudahan fizikal dan perancangan masa hadapan penghuni. Sebanyak 49 institusi jagaan anak yatim dan miskin di Terengganu yang terlibat dalarn kajian ini telah dilawati. Kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga jenis aliran institusi jagaan anak yatim dan miskin yang utama di Terengganu iaitu aliran Akademik, Tahfiz, dan kombinasi Akademik dan Tahfiz. Aliran Tahfiz merupakan jenis aliran yang paling banyak beroperasi di negeri ini. Berdasarkan amalan pengurusan kakitangan, kajian ini menunjukkan bahawa majoriti kakitangan institusi ini berkelulusan SPM dan ke atas dengan gaji RM1001-RM1 ,500 sebulan. Dari segi pengurusan penghuni, kesemua penghuni mendaftar masuk ke institusi menggunakan borang dan tiada kemasukan secara melalui dalam talian. Kajian ini mendapati pengurusan makanan di institusi adalah baik dengan penyediaan makanan kepada penghuni sebanyak 3-4 kali sehari. Dari segi pengurusan pendidikan, majoriti institusi tersebut menyemak laporan kemajuan pembelajaran penghuni secara berkala. Pengurusan kesihatan penghuni juga adalah baik kerana ke semua penghuni yang sakit akan dirujuk kepada klinik atau hospital kerajaan. Pihak institusi juga sentiasa melakukan pembersihan kawasan sekitar institusi. Dari segi perkhidmatan psikososial, kebanyakan institusi menyediakan program kaunseling kepada penghuni yang memerlukannya. Walau bagaimanapun, kaunselor tersebut bukan daripada pegawai yang terlatih dalam bidang kaunseling. Kajian ini juga mendapati separuh daripada institusi ini tidak mempunyai alat pemadam api. Dari segi pengurusan kewangan, lebih daripada separuh institusi ini mengalami masalah kewangan kerana terpaksa berbelanja lebih untuk memenuhi kebajikan penghuni. Kajian juga mendapati kebanyakan institusi ini tidak mempunyai bilik bacaan, kemudahan WiFi dan bilik sakit. Akhir sekali, dari segi perancangan masa hadapan penghuni, kebanyakan institusi yang dikaji memaklumkan bahawa pada usia 18-21 tahun, penghuni sepatutnya menamatkan hubungan mereka dengan institusi dan memulakan kehidupan baharu di Iuar institusi. Kajian ini telah berjaya membina satu amalan baik pengurusan institusi jagaan anak yatim dan miskin di Terengganu. Amalan baik ini diharapkan agar dapat membantu kerajaan negeri dan pihak institusi di negeri ini untuk memiliki satu garis panduan pengurusan yang seragam dan sistematik bagi meningkatkan kebajikan penghuni yang tinggal di institusi ini.
|