Konsep dan manhaj pembinaan akhlak Syeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin

Syeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin merupakan seorang tokoh ulama Nusantara dan pengasas kepada satu kaedah pembinaan akhlak golongan yang terlibat dengan penagihan dadah dan kerosakan akhlak dikenali sebagai inabah. Kaedah yang berasal dari Pondok Pesantren Suryalaya, Tasikmalaya, Indonesia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusaini bin Wi (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Syeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin merupakan seorang tokoh ulama Nusantara dan pengasas kepada satu kaedah pembinaan akhlak golongan yang terlibat dengan penagihan dadah dan kerosakan akhlak dikenali sebagai inabah. Kaedah yang berasal dari Pondok Pesantren Suryalaya, Tasikmalaya, Indonesia ini, diguna pakai secara meluas di beberapa buah negara di Nusantara. Kaedah ini berjaya merawat golongan yang terlibat dengan masalah tersebut sehingga diiktiraf oleh badan tempatan dan antarabangsa. Namun, falsafah pelllikiran Syeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin tentang manhaj pembinaan akhlak yang menjadi rahsia kejayaan kaedah inabah tersebut, belum dikaji secara ilmiah. Justeru, penelitian secara mendalam tentang asas pemikiran beliau perlu dilaksanakan agar ianya dapat difahami secara lebih jelas dan kukuh. Kajian ini bertujuan menilai ketokohan dan pengaruh Syeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin, menghuraikan konsep dan manhaj pembinaan akhlak cetusan beliau, serta menganalisa perkara tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen dalam pengumpulan data dan disokong dengan kaedah temu bual. Data yang dikurnpul dari karya Syeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin, kajian, jurnal, dan dokumen yang ditulis oleh sarjana tentang tokoh tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah kajian sejarah, induktif, deduktif dan komparatif. Kaedah kajian sejarah digunakan bagi menganalisis latar belakang serta riwayat hidup tokoh tersebut. Kaedah induktif dan deduktif diaplikasikan dalam proses analisis pernikiran beliau tentang akhlak. Manakala kaedah komparatif pula digunakan bertujuan menilai keselarasan pemikiran beliau dengan al-Quran, Hadis dan pendapat para ulama. Kajian mendapati Syeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin merupakan seorang tokoh yang mempunyai ciri kepimpinan, berpengaruh, serta berperanan mernberikan sumbangan besar dalam politik, ekonomi, dan pendidikan Indonesia. Kajian juga mendapati bahawa falsafah pembinaan akhlak hasil cetusan pemikiran yeikh Ahmad Sahibulwafa Tajul Arifin adalah berasaskan konsep mengembalikan jiwa manusia kepada keasliannya, iaitu kesucian dan makrifat yang dikenali sebagai inabah. Konsep inabah ini memfokuskan usaha menyelesaikan punca masalah, iaitu rnembaiki kerosakan jiwa yang berpunca dari dua penyakit utama iaitu kejahilan dan ghaflali (kelalaian) yang diakibatkan oleh dua elemen besar, iaitu godaan nafsu dan perdayaan syaitan. Manhaj pembaikian; kerosakan ini berteraskan amalan zikrullah yang bersistem. Pemikiran beliau ini selaras dengan petunjuk al-Quran, Hadis dan pandangan para ularna khususnya ulama tasawuf seperti al-Ghazali. Kajian ini memberi sumbangan yang relevan kepada perkembangan pengetahuan, teori dan pelaksanaan kaedah pembinaan akhlak. Ia boleh dimanfaatkan oleh agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan berkenaan dalam usaha merangka dan melaksanakan program berkaitan.
Physical Description:xv, 183 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 173-177)