Konsep ketuhanan menurut al-Qushayri dalam kitab al-Tahbir fi al-Tadhkir

Dewasa ini, masyarakat mudah mengambil sesuatu kefahaman tanpa menilai dengan teliti daripada mana sumber maklumat tersebut diperoleh dan apakah agenda yang ada di sebaliknya. Perkara ini merupakan antara penyebab semakin ramai di kalangan masyarakat kini terpengaruh dengan fahaman-faharnan ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Faisal bin Mohd Najib (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Dewasa ini, masyarakat mudah mengambil sesuatu kefahaman tanpa menilai dengan teliti daripada mana sumber maklumat tersebut diperoleh dan apakah agenda yang ada di sebaliknya. Perkara ini merupakan antara penyebab semakin ramai di kalangan masyarakat kini terpengaruh dengan fahaman-faharnan yang rosak sekali gus menjadi penyebab lahimya golongan yang gaya pemikirannya yang tidak selari dengan kehendak syarak. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji pemikiran ketuhanan seorang tokoh Islam pada kurun ke-lima Hijrah, al-Imam Abu Karim al-Qushayri di dalam kitabnya al-Tahbir fi al-Tadhkir supaya dapat diketengahkan dan menjadi rujukan masyarakat. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji ketokohan al-Qushayri dalam bidang akidah, mengenalpasti konsep ketuhanan yang diketengahkan dalam kitab al-Ta/:lbir fi al-Tadhkir dan menganalisis hubungan di antara penghayatan tauhid dan pembentukan akhlak mulia. Kajian secara kualitatif ini telah dilaksanakan melalui metode pengumpulan data dan analisis data. Data-data dikumpulkan secara dokumentasi, analisis teks dan persejarahan dan kemudiannya dianalisis melalui metode induktif, deduktif dan komparatif bagi menghasilkan output penyelidikan. Secara keseluruhan, ketiga-tiga objektif kajian dicapai. Daripada kajian mendapati Qushayri merupakan seorang tokoh akidah yang banyak memberi sumbangan dalam bidang tersebut lebih-lebih lagi menerusi karya-karya ilmiah beliau. Terdapat tiga konsep ketuhanan al-Qushayri hasil daripada analisis ini. Pertama, definisi tauhid yang telah diketengahkan al-Qushayri ialah pengenalan terhadap Allah dan pengetahuan tentang sifat-sifatNya serta mengetahui dan menunaikan kewajiban­ kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah di mana hakikat mengenali Allah ialah mengikuti segala hukum syariat tanpa mengurangi sedikit pun dalam segala perkara dalam menunaikan kewajipan kepadaNya. Kedua, dapat disimpulkan bahawa di dalam nama-nama Allah yang mulia mengandungi sifat-sifat ketinggian, keluhuran, keagungan dan sifat-sifat Allah yang layak dengan keindahan diriNya yang perlu dihayati dan diusahakan di dalam diri untuk mencapai maqam tauhid. Ketiga, al­ Qushayri telah menggunakan acuan yang selari dengan ayat 125 surah al-Nahl dalam memberi penerapan tauhid dalam membentuk akhlak yang mulia menerusi pendekatan al-hikmah (bijaksana), mau'izah al-hasanah (nasihat-nasihat yang baik) dan perbahasan yang baik. Daripada kaj ian mendapati bahawa konsep ketuhanan yang al-Qushayri selari dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamii 'ah. Diharap pemikiran tokoh-tokoh ilmuwan silam seperti al-Qushayri dapat diketengahkan supaya dapat dijadikan rujukan bagi masyarakat dalam menjawab persoalan-persoalan akidah yang menjadi perselisihan serta bagi memahami dan menghayati definisi tauhid dan kepentingannya.
Physical Description:xv, 134 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 122-129)