Kesan intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT untuk menangani stres, kerisauan dan kemurungan dalam kalangan pelajar universiti

Gejala stres, kerisauan dan kemurungan merupakan gangguan ernosi yang ering dihadapi oleh pelajar disebabkan pelbagai faktor desakan kehidupan yang menuntut keupayaan seseorang individu untuk lebih cekap dalam pengurusan emosi diri. Kegagalan menangani gejala ini memberi kesan yang negatif kep...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Roslini bt Mat Rasik (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:English
Subjects:
Description
Summary:Gejala stres, kerisauan dan kemurungan merupakan gangguan ernosi yang ering dihadapi oleh pelajar disebabkan pelbagai faktor desakan kehidupan yang menuntut keupayaan seseorang individu untuk lebih cekap dalam pengurusan emosi diri. Kegagalan menangani gejala ini memberi kesan yang negatif kepada diri pelajar. Intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT adalah salah satu kaedah pengurusan stres, kerisauan dan kemurungan yang menerapkan elemen psikologi dan spiritual. Justeru kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT terhadap pemboleh ubah stres, kerisauan dan kemurungan dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah kuasi ekperimental. Data' dikumpul menggunakan soal selidiki intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT yang berasaskan alat ukuran Perceived Stress Scale-lO (PSS-10), Beck Anxiety Inventory (BAI) dan Beck Depression Inventory (BDI). Soal selidik intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT yang dibina telah diuji kesahan kandungan menggunakan rangka rujuk modul Sidek oleh lima orang panel pakar dalam bidang psikologi dan kaunseling. Nilai kesahan intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT adalah 84.80%. Manakala nilai pekali kebolehperca aan intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT melalui kajian rintis uji an uji kembali adalah 0.88. Sampel kajian adalah seramai 62 orang dipilih secara persampelan bertujuan melalui ujian saringan DASS-21 daripada lima buah kampus pengajian tinggi di Negeri Kelantan. Subjek kajian ini dibahagikan secara rawak kepada kumpulan rawatan (n=31) dan kumpulan kawalan (n=31). Kumpulan rawatan diberikan intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT, manakala kumpulan kawalan sebaliknya. Hasil dapatan kajian berdasarkan analisis ujian t-berpasangan menunjukkan terdapat pcrbezaan yang signifikan dari segi stres, kerisauan dan kemurungan berdasarkan faktor ujian pra dan pasca bagi kumpulan eksperimen. Ujian t-sampel bebas pula, mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi stres, kerisauan dan kemurungan berdasarkan faktor ujian pasca di antara kumpulan eksperimen dan kawalan. Kesimpulannya, intervensi integrasi psikospiritual al-Ghazali dan teknik CBT telah memberikan kesan yang positif terhadap pembolehubah bersandar iaitu stres, kerisauan dan kemurungan dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan kajian ini juga, memberikan implikasi kepada pihak pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai panduan kepada penggubalan kementerian untuk menangani gejala stres, kerisauan dan kemurungan dalam kalangan pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia.
Physical Description:xiv, 274 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 226-246)