Analisis huruf hamzah dan kaitannya dengan perubahan wajah Qira'at Mutawatirah berdasarkan 'Asharah Sughra dan Kubra'

Huruf hamzah merupakan huruf hija 'iyyah yang paling banyak mengalami perubahan sama ada dari aspek pembentukan mahupun sebutan. Kesedaran terhadap isu ini dilihat berada pada tahap yang kurang memuaskan dalam kalangan masyarakat Islam masa kini khususnya yang terlibat dengan pengajaran d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Felza Zulhibri bin Abd Hamid (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:English
Subjects:
Description
Summary:Huruf hamzah merupakan huruf hija 'iyyah yang paling banyak mengalami perubahan sama ada dari aspek pembentukan mahupun sebutan. Kesedaran terhadap isu ini dilihat berada pada tahap yang kurang memuaskan dalam kalangan masyarakat Islam masa kini khususnya yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran bacaan alĀ­ Quran kerana terikat dengan kaedah bacaan Riwdyah Hafs bin Sulayrnan al-Kufi. Jika permasalahan ini tidak diberi perhatian, ia boleh mengurangkan nilai ilmu tersebut kepada individu yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu al-Quran.Senario tersebut secara umumnya boleh menutup ruang kefahaman tentang hikmah penurunan al-Quran dengan tujuh huruf dalarn kalangan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti asal usul huruf hamzah dan perubahan yang b ria ku padanya sehingga kini. Kajian juga menganalisis huruf hamzah berdasarkan kedudukannya dalam kalimah serta merumuskan hubung kait perubahan cabutan dengan kedudukannya dalam sesuatu kalimah. Bagi mencapai kesemua objektif, kajian dokumen yang berbentuk kualitatif asas menggunakan kaedah analisis kandungan dilaksanakan untuk mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis emua dokumen yang b rkaitan d ngan huruf hamzah khususnya yang melibatkan kedudukan dan perubahan sebutan bagi memastikan setiap data dianalisis secara terperinci dengan piawaian yang tepat. Kajian ini menggunakan dua bentuk sumber iaitu primer dan sekunder. Bacaan al-Quran yang mutawdtirali dan Mush af Rastn al- 'Uthtndni merupakan sumber primer dan kitab, karya, buku serta tesis berkaitan dengan perubahan penulisan dan sebutan huruf hamzah rnerupakan sumber sekunder. Kajian telah mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada huruf hamzah berdasarkan tulisan dan sebutan. Kajian juga telah menyusun kalimah yang terdapat padanya huruf hamzah dengan kesan p rubahan yang berlaku pada huruf tersebut. Penyusunan kalimah dalam kajian ini diselaraskan dengan formulasi baharu yang berbeza daripada yang terdapat dalam matan ilmu al-Qiriidt, Kajian ini telah menganalisis 145 bentuk kedudukan huruf hamzah dalam al-Quran yang terlibat dalam perubahan sebutan huruf hamzah. Kajian ini juga merumuskan hubung kait 33 kaedah perubahan s butan huruf hamzah dengan 169 bentuk kalimah berdasarkan 'Asharah Sughrd dan Kubrd. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi kefahaman tentang hakikat bacaan al-Quran yang bersifat tujuh huruf. Rurnusan daripada kajian mampu membekalkan maklumat yang terperinci kepada pennasalahan perubahan sebutan huruf hamzah dalam al-Quran. Kajian ini juga membantu menjadi pemangkin kepada usaha bagi melahirkan golongan ahli al-Quran yang mahir dari sudut teori dan praktikal.
Physical Description:xix, 337 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 323-335)