Kematangan emosi dan pengaruh media massa serta implikasinya terhadap disiplin pelajar di negeri Terengganu

Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar bukan sahaja menjadi isu negara bahkan sudah menjadi isu global yang semakin meruncing dan membimbangkan. Hal ini kerana, pelajar menghadapi kesukaran dalam mengawal emosi sehingga menjadi punca berlakunya masalah disiplin. Di samping itu, media massa turu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Noradilah binti Abdul Wahab (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar bukan sahaja menjadi isu negara bahkan sudah menjadi isu global yang semakin meruncing dan membimbangkan. Hal ini kerana, pelajar menghadapi kesukaran dalam mengawal emosi sehingga menjadi punca berlakunya masalah disiplin. Di samping itu, media massa turut menjadi faktor kepada kemerosotan disiplin dan menyumbang kesan negatif kepada pelajar. Hakikatnya, masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar tidak pernah berkurang, malah semakin meningkat saban tahun dengan corak perlanggaran disiplin yang lebih serius dan agresif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh kematangan emosi terhadap tingkah laku pelajar. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh media massa dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin serta menganalisis tahap kemerosotan disiplin mereka di negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 361 orang pelajar sekolah menengah harian menggunakan pensampelan rawak berstrata daripada 5302 orang populasi dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diubah suai daripada instrumen kematangan emosi oleh Singh dan Bhargava dan instrumen masalah disiplin oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengukur pengaruh media massa, kajian mengubahsuai instrumen oleh Buss dan Perry, William, dan Wan Norina. Kajian ini menganalisis data menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan p ratu . Manakala untuk statistik inferensi kajian ini menjalankan ujianĀ­T, ANOVA, kor lasi, dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kematangan emosi pelajar, pengaruh media massa dan masalah disiplin pelajar adalah sederhana. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan signifikan kematangan emosi berdasarkan faktor jantina. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan masalah disiplin berdasarkan faktor jantina, lokasi dan zon sekolah. Hasil kajian juga menunjukkan kematangan emosi dan pengaruh media massa memberi kesan yang signifikan terhadap masalah disiplin pelajar. Secara keseluruhannya tahap disiplin pelajar ditentukan oleh faktor kematangan emosi dan pengaruh media massa. Dapatan ini sangat penting kepada pihak penggubal dan pelaksana dasar di Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian turut memberi pengetahuan baharu dalam Teori Kognitif Sosial dengan penambahan konstruk keagamaan.
Physical Description:xix, 443 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 338-416)