Aktiviti anti-plasmodium secara in-vitro oleh endofit Streptomyces sp. SUK 48 terhadap Plasmodium falciparum 3D7 melalui pendekatan metabolomik dan genomik

Streptomyces sp. merupakan pengeluar antibiotik utama semenjak tahun 1940. Aplikasi metabolomik dan genomik rnerupakan kaedah inovasi yang cepat dalam pencarian dadah bersifat antiplasmodium. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai aktiviti anti-plasmodial secara in-vitro oleh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Siti Junaidah binti Ahmad (Author)
Corporate Author: Universiti Kebangsaan Malaysia . Faculty of Health Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000100344
005 20230104093000.0
008 210715s2021 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a RC156   |b .S58 2021 
090 0 0 |a RC156   |b .S58 2021 
100 0 |a Siti Junaidah binti Ahmad ,   |e author 
245 1 0 |a Aktiviti anti-plasmodium secara in-vitro oleh endofit Streptomyces sp. SUK 48 terhadap Plasmodium falciparum 3D7 melalui pendekatan metabolomik dan genomik   |c Siti Junaidah binti Ahmad 
264 0 |c 2021 
300 |a xvii, 138 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021 
504 |a Includes bibliographical references (p. 106-125) and index 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Kajian kepustakaan -- 3. Kaedah penyelidikan -- 4. Hasil kajian -- 5. Perbincangan -- 6. Kesimpulan 
520 |a Streptomyces sp. merupakan pengeluar antibiotik utama semenjak tahun 1940. Aplikasi metabolomik dan genomik rnerupakan kaedah inovasi yang cepat dalam pencarian dadah bersifat antiplasmodium. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk menilai aktiviti anti-plasmodial secara in-vitro oleh Streptomyces terhadap Plasmodium falciparum 3D7 melalui pendekatan metabolomik dan genomik. Kajian ini dijalankan untuk menilai aktiviti anti-plasmodial sebatian metabolit secara in-vitro, menentukan aktiviti anti-plasmodial yang optimum bagi dua pencilan, Streptomyces sp. SUK 12 dan SUK 48 pada fasa pertumbuhan yang berbeza dan seterusnya menentukan metabolit anti-plasmodial daripada Streptomyces sp. yang dipilih melalui kaedah multivariat dalam metabolomik. Pencirian draf jujukan penuh genom Streptomyces SUK 48 juga ditentukan. Perbandingan genom SUK 48 dengan genom Streptomyces spp. terpilih dilakukan, selain mengenalpasti gen pengkodan bagi kluster gen biosintesis (BGCs) untuk metabolit sekunder yang terdapat di dalam genom SUK 48, dan menghubungkaitkan gen dengan metabolit yang terhasil. Daripada dapatan yang diperolehi, aktiviti anti-plasmodial yang paling berkesan bagi SUK 12 dan SUK 48 adalah pada fasa malar dengan nilai perencatan minima (IC50) masing-masing adalah 0.817 nglmL dan 0.19ng/mL. Sebagai perbandingan, nilai 1C50 bagi dadah kawalan, chloroquine diphosphate adalah 0.28ng/mL. Dengan menggunakan analisis univariat, sebanyak 854 metabolit ditemui iaitu 14, 44 dan 3 metabolit menunjukkan perbezaan yang signifikan masing-masing dari segi jenis pencilan, masa fermentasi dan interaksi antara keduanya. Orthogonal Partial Least Square-Discriminant Analysis dan S-Plol menunjukkan SUK 48 pada fasa malar menghasilkan beberapa metabolit yang unik seperti pavettine, aurantioclavine dan 4-butyldiphenylmethane berbanding pada fasa mid eksponen. Manakala jujukan genom SUK 48 mengandungi 8,341,706 bp iaitu terdiri daripada satu kontig dan mempunyai kandungan G + C yang tinggi iaitu 72.33%. Genom Streptomyces sp. SUK 48 didapati mempunyai persamaan dengan genom Streptomyces griseofuscus 64 menerusi purata identiti nukleotida iaitu sebanyak 93.85 %. Analisis antismash menunjukkan bilangan gen pengkodan bagi BGCs untuk metabolit sekunder daripada kelas antibiotik yang berbeza dikesan terdapat di dalam genom SUK 48. Lima (iaitu tertinggi daripada jenis antibiotik) jenis PKS-NRPS (polyketide syntha e- nonribosomal peptide synthase) kacuk dan NRPS yang berbeza telahdiperolehi. Analisa Kyoto Encyclopedia of Genes and Genomes mendapati terdapat 11 tapak jalan biosintesis antibiotik yang spesifik dan 15 tapak jalan biodegradasi bahan berbahaya. SUK 48 didapati mengandungi gen peTH yang terlibat dalam proses fotosintesis dan mempunyai mekanisma rintang beta-Iactam. Tapak jalan penghasilan aurantioclavine juga telah ditemui di dalam SUK 48. Kesimpulannya, melalui pendekatan metabolomik dan genomik, metabolit yang berpotensi sebagai agen anti­ plasmodial telah ditemui dari pencilan Streptomyces SUK 48. 
610 0 0 |a Universiti Kebangsaan Malaysia   |v Faculty of Health Sciences   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Kebangsaan Malaysia   |x Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Malaria 
650 0 |a Plasmodium 
650 0 |a Streptomyces   |x Genetics 
710 2 |a Universiti Kebangsaan Malaysia .   |b Faculty of Health Sciences 
999 |a 1000182650   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus