دور الاعلام الاسلام الدعوي في التصدي للارهاب من وجهة نظر طلاب الجامعات الاردنية

Pengenalan: Penemuan kajian kontemporari menunjukkan media massa memberi lebih kesan terhadap pemikiran masyarakat awam berbanding senjata tentera. Sejajar dengan itu, media massa Islam mempunyai peranan penting dalam menangani ancaman terorisme yang sentiasa berkembang dan disebarkan menerusi pelba...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: ابو الهول، محي الدين يعقوب منيزل (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:
Description
Summary:Pengenalan: Penemuan kajian kontemporari menunjukkan media massa memberi lebih kesan terhadap pemikiran masyarakat awam berbanding senjata tentera. Sejajar dengan itu, media massa Islam mempunyai peranan penting dalam menangani ancaman terorisme yang sentiasa berkembang dan disebarkan menerusi pelbagai medium dan corak. Sesuai dengan itu, pelbagai kaedah dan teknik bersifat kontemporari diperlukan seiring dengan perkembangan dakyah oleh aliran terorism . Aliran terorisme yang semakin berkembang sukar untuk ditangani dan memberikan implikasi negatif kepada masyarakat Jordan sebagaimana yang dialami negara-negara di dunia. Oleh itu, media dakwah Islam mempunyai ruang untuk menangani ancaman terorisme. Ruang ini meliputi peluang untuk menyekat penyebaran dakyah pada masyarakat dan menjelaskan implikasi keganasan. Justeru, kajian tentang peranan media dakwah Islam bagi menangani ancaman keganasan perlu dibuat penelitian lanjut. Kajian bertujuan menjelaskan konsep media dakwah dan terorisme. Kajian turut menganalisis peranan media dakwah Islam untuk menghalang ancaman dalam tiga peringkat iaitu pra, semasa dan pasca keganasan. Metode: Kajian ini adalah jenis kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan mengaplikasi pendekatan analisis deskriptif untuk menganalisis ancaman terorisme. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan instrumen berbentuk soal selidik yang telah disahkan oleh pakar bidang serta selari dengan keperluan objektif kajian. Pensampelan dibuat secara rawak terhadap V.. sampel yang terdiri daripada pelajar dari empat buah universiti terpilih di Jordan untuk tahun akademik 2019. Penganalisisan data dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan menggunakan min bagi menentukan tahap peranan yang dimainkan media dakwah Islam. Seterusnya ujian T digunakan untuk menganalisis di antara pemboleh ubah. Keputusan: Kajian mendapati kemunculan konsep media dakwah Islam merupakan satu ilmu penyebaran maklumat dan sebagai wadah untuk menyebarkan dakwah sekali gus memperkenalkan Islam dengan cara yang paling optimum melalui media massa tempatan dan luar negara. Kajian turut mendapati konsep terorisme ini hanya terbatas kepada keganasan yang luar biasa dengan perancangan yang tersusun bertujuan menyebabkan ketakutan dan kegelisahan dalam masyarakat. Analisis kajian terhadap peranan media dakwah Islam di Jordan dalam menangani pra berlakunya terorisme berdasarkan skor purata bagi setiap item yang diperoleh adalah sangat rendah. Sementara itu, dapatan terhadap peranan media dakwah Islam dalam menyekat perkembangan semasa terorisme adalah sederhana. Selanjutnya, dalam menganalisis peranan media dakwah Islam untuk menyekat perkembangan terorisme pasca berlaku pula berdasarkan skor purata anggaran bagi setiap sampel kajian yang diperoleh adalah sangat rendah. Kesimpulan: Kajian ini memberi sumbangan untuk membantu para pegawai dan pihak berkuasa media Islam tatkala berhadapan dengan terorisme berpandukan strategi yang komprehensif. Strategi ini memberi bantuan kepada kerajaan sebagai pembuat keputusan dan penggiat media, bersama mengolah isi kandungan media, dengan memastikan kelayakan mereka memenuhi syarat dan kriteria dari sudut ilmiah dan keperibadian, sekali gus menggabungkan kemahiran teknikal dan undang-undang.
Physical Description:307 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 268-284)