| Summary: | Mukaddimah: Ilmu Maqasid Syariah adalah salah satu ilmu penting dalam Syariah. Ia adalah satu ilmu yang sangat luas, mempunyai peraturan yang fleksibel dalam bahagian- bahagiannya, boleh diperbaharui sepanjang zaman dan mencapai kemaslahatan dan menghindarkan kerosakannya yang terangkum dalam lima (5) nilai teras penting terutama pengurusan harta yang menggalakkan pendapatan dan pelaburan halal. Masalah Kajian: Isu pengurusan harta zakat menjadi satu isu yang penting dalam fiqah zakat kontemporari yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan ahli fiqah kontemporari dari segi tujuan dan prinsipnya. Model yang diamalkan di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan MAIDAM Terengganu, Malaysia dalam pengumpulan dan pengurusan pelaburan harta zakat patut dipelajari dan dicontohi. Kajian ini bertujuan mengetengahkan kepentingan Maqasid Syariah, membolehkan orang awam memahami
konsep yang betul dan memberi penerangan tentang pengurusan harta dan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Realiti pelaburan dan hukum-hakam berurusan dengan harta zakat selepas pengumpulannya berada di an tara keharusan dan tegahan menggunakannya. Hasil pengalaman dan amalan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan MAIDAM Terengganu dapat memberi impak kepada kajian ini. Metodologi: Pendekatan induktif digunakan untuk mengesan subjek dan menyerapkannya ke dalam teori, mengumpul data yang tertulis mengenainya, memeriksa dan menemu bual lima (5) orang pegawai di Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan MAIDAM Terengganu Pengkaji menganalisis dan mengesahkan teks dan data yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan pandangan ulama silam dan kontemporari yang berperanan dalam pengurusan harta zakat. Hasil Kajian: Antara dapatan kajian ini adalah maqasid syariah merupakan asas kepada isu-isu dan permasalahan yang baru timbul. Pelaburan harta zakat perlu mengambil kira 3 peringkat maslahah iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsinat Tidak boleh menerima pakai tansinat melainkan setelah melepasi daruriyyat dan hajiyyat. Lembaga Zakat Selangor, (MAIS) membuat pelaburan bagi lebihan asetnya dan bahagian asnaf fakir miskin dalam 5 program utama iaitu pembangunan agama pembangunan pendidikan, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan pembangunan manusia. Pelaburan dibuat melalui simpanan di dalam bank. Sementara MAIDAM Terengganu pula membuat pelaburan melalui asnaf penerima zakat dalam bentuk lama berdasarkan padangan fukaha mazhab Syafei. Ia dibuat melalui pembiayaan projek-projek kecil bagi asnaf. Kesimpulan: Kajian ini mencadangkan agar dibuat penyatuan semua institusi zakat di Malaysia berbanding dengan kewujudannya secara bersendirian bagi setiap negeri di samping mewujudkan undang-undang khusus berdasarkan maqasid syariah di bawah naungan negara agar dapat menjadi model terbaik di dunia.
|