| Summary: | Pengenalan: Permasalahan kajian ini terletak pada penolakan Imam al-Tabari rahimahullah terhadap beberapa qiraat yang sahih, yang telah dibuktikan naqalnya, dengan hujah bahawa qiraat tersebut hanya dikemukakan oleh salah seorang qurra'. Al- Tabari juga menolak qiraat yang sahih dengan hujah bahawa terdapat qiraat lain yang lebih utama dan lebih sahih daripada qiraat tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa qiraat sahih ini sarna ada tidak menepati apa yang masyhur dalam bahasa Arab, tidak menepati salah satu bentuk al-i'rab, atau bercanggah dengan pendapat ahli tafsir dan takwil. Malah, ada ketikanya apabila Imam al- Tabari menyebut qiraat yang syaz, beliau mengutamakannya dan mensahihkannya. Kajian ini bertujuan menonjolkan nilai keilmuan Ibn Jarir al-Tabari dan kitabnya Jami' al-Bayan 'an Ta'wil A<y al-Qur'an, serta mengkaji qiraat yang dimuatkan oleh al- Tabari di dalam tafsimya pada beberapa bahagian yang telah ditentukan oleh pengkaji; iaitu bermula daripada awal surah al- Fatihah sehingga akhir surah al-An'am. Kajian ini menjelaskan manhaj yang diguna pakai oleh al-Tabari untuk mengemukakan qiraat-qiraat yang terkandung di dalam tafsir beliau, seterusnya membincangkan kriteria dan peraturan yang digunakan oleh beliau untuk menerima dan menolak qiraat tersebut. Metode: Pengkaji menggunakan pendekatan induktif; iaitu dengan meneliti beberapa bahagian kitab Jami' al-Bayan, sebelum menelusuri qiraat yang dimuatkan oleh Ibn Jarir dan menjelaskan pendekatan yang diambil oleh beliau. Kemudian, pengkaji meneliti pandangan dan pendapat ulama' mengenainya. Seterusnya, pengkaji menggunakan pendekatan analisis deskriptif pada aspek aplikasi kajian ini, dengan merujuk pandangan ulama' dan kitab-kitab qiraat yang utama, selain memanfaatkannya dalam proses takhrij qiraat selepas itu. Keputusan: Kajian ini merumuskan beberapa kesimpulan, antaranya; al-Tabari terpengaruh dengan ilmuan bahasa dan nahu sebelum beliau dan yang sezaman dengan beliau, serta mengikuti pendekatan mereka dalam perbahasan dan penolakan mereka terhadap qiraatqiraat yang sahih dengan menjadikan bahasa sebagai hujah ke atas qiraat. Dapatan juga menyimpulkan bahawa al-Tabari merupakan seorang imam besar yang bermanhaj salafi dan bermazhab sederhana; tafsir al-Tabari mengandungi sebilangan besar qiraat yang perlu diteliti kesahihannya; serta pergantungan al- Tabari kepada bahasa dan kalam Arab yang masyhur untuk menerima dan menolak qiraat. Kesimpulan: Kajian ini merupakan pelengkap kepada kitab Jami' al-Bayan dan bukan satu pengurangan nilai terhadap kitab ini mahupun pengarangnya, bahkan sebaliknya. Banyaknya kajian yang dilakukan terhadap hasil penulisan al- Tabari menjadi bukti kepentingan karya-karya beliau dan kehebatan pengarangnya dalam menyusun dan menulisnya. Jelas, Ibn Jarir merupakan salah seorang imam terkemuka yang menjadi sumber ilmu dengan penghasilan karyakarya yang tidak dipandang rendah.
|