Sistem sokongan kehidupan golongan pekak di Terengganu

Golongan pekak kadang kala dinafikan hak mereka untuk memiliki peluang kehidupan yang lebih baik kerana kekurangan yang ada pada diri mereka. Sebahagian mereka berjaya keluar daripada kemiskinan tetapi melalui jalan sukar dengan bekerja di organisasi mesra orang pekak yang terhad dan diberi st...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Siti Fazlina Ahmad (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Golongan pekak kadang kala dinafikan hak mereka untuk memiliki peluang kehidupan yang lebih baik kerana kekurangan yang ada pada diri mereka. Sebahagian mereka berjaya keluar daripada kemiskinan tetapi melalui jalan sukar dengan bekerja di organisasi mesra orang pekak yang terhad dan diberi struktur gaji yang bersifat 'double standard'. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah untuk membina profil golongan pekak di Terengganu, mengenalpasti sokongan yang diperlukan yang membolehkan mereka memiliki peluang kehidupan yang lebih baik, dan mengesan aktiviti, program, kemahiran atau latihan yang diperlukan untuk meningkatkan kemampuan din mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan data di Persatuan Orang Pekak Terengganu. Seramai 97 orang pekak terlibat sebagai responden. Kajian ini menggunapakai strategi persampelan bukan kebarangkalian, iaitu persampelan tidak rawak atau persampelan bertujuan. Data yang dikumpulkan melalui kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 22. Kajian ini mendapati cabaran yang dihadapi oleh responden adalah tinggi terutama dalam aspek mencari pekerjaan, menghadapi stigma sosial dan peluang untuk mengakses maklumat. Secara keseluruhan, responden kajian berpuashati dengan sokongan kewangan, kaunseling, latihan, program dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa responden sangat memerlukan pembangunan kerja dan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk 'survival' mereka pada masa hadapan. Kesimpulannya, terdapat dua aspek penting yang perlu diperkasakan oleh kerajaan untuk menolong golongan pekak di Terengganu untuk menjadi lebih berdikari dalam kehidupan mereka. Pertama ialah aksesibiliti terhadap sistem sokongan termasuk pendidikan, pekerjaan, kemahiran, perubatan, pengangkutan, perumahan dan telekomunikasi. Kedua ialah penglibatan golongan pekak dalam aktiviti yang disediakan - mereka perlu dilibatkan untuk mengarusperdanakan mereka pada masa hadapan.
Physical Description:xvii, 167 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 143-155)