| Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor penentu dan tahap kepuasan kerja
dalam kalangan tenaga akademik di niversiti Awam Terengganu. Kajian ini juga turut
mengenal pasti perbezaan kepuasan kerja tenaga akademik di Universiti Awam
berdasarkan ciri-ciri demografi responden serta mengenal pasti hubungan antara faktor
faktor tersebut dengan kepuasan kerja. Lima faktor penentu yang dikaji adalah suasana
kerja, peluang kenaikan pangkat, gaji, penyeliaan dan rakan sekerja. Sampel kajian
terdiri daripada 298 orang tenaga akademik di Universiti Awam Terengganu. Kajian ini
menggunakan borang soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu
bahagian A melibatkan maklumat demografi responden, bahagian B soal selidik Tahap
Kepuasan Kerja dan bahagian C pula soal selidik berkaitan faktor penentu kepuasan
kerja diterjemahkan daripada Job Descriptive Index (JDI) yang dibina oleh Smith,
Kendall dan Hulin (1969). Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
kuantitatif. Data-data yang di peroleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian
t-test dan ANOYA bagi mengenal pasti perbezaan, ujian korelasi pearson bagi
mengenal pasti hubungan dan analisis regresi linear bagi mengenal pasti pengaruh
faktor penentu kepuasan kerja dalam kalangan tenaga akademik di Universiti Awam.
Keputusan kajian bagi analisis perbezaan kepuasan kerja berdasarkan ciri-ciri
demografi responden mendapati terdapat perbezaan kepuasan kerja dengan semua ciri
ciri demografi iaitu jantina, umur, taraf perkahwinan, pendidikan, taraf jawatan, gred
jawatan, gaji dan jawatan lain dalam jabatan, kecuali bagi tempoh perkhidmatan. Hasil
analisis korelasi pearson pula menunjukkan terdapat hubungan antara faktor suasana
kerja (r=0.708, p<O.Ol), peluang kenaikan pangkat (r=0.500, p<O.Ol), gaji (r=0.345,
p<O.O 1), penyeliaan (r=0.454, p<O.O I) dan rakan sekerja (r=0.529, p<O.O 1) dengan
kepuasan kerja dalam kalangan tenaga akademik di Universiti Awam. Akhir sekali,
hasil analisis regrasi linear faktor penentu kepuasan kerja dalam kalangan tenaga
akademik menunjukkan faktor suasana kerja, peluang kenaikan pangkat, gaji,
penyeliaan dan rakan sekerja telah mempengaruhi secara signifikan terhadap kepuasan
kerja dalam kalangan tenaga akademik di Universiti Awam. Dapatan ini menunjukkan
penyumbang utama kepada kepuasan kerja adalah faktor suasana kerja, I3 = 0.708, P <
0.01. Diikuti dengan faktor rakan sekerja, I3 = 0.529, p < 0.01. Seterusnya faktor
kenaikan pangkat, I3 = 0.500, P < 0.01; faktor penyeliaan, I3 = 0.454, P < 0.01 dan
terakhir adalah faktor gaji, I3 = 0.345, P < 0.01. Secara rumusannya, didapati kelima
lima faktor penentu ini mempengaruhi kepuasan kerja tenaga akademik di Universiti
Awam Terengganu. Hasil kajian ini seterusnya mampu membantu bahagian
pentadbiran dan pengurusan sumber manusia di jabatan dalam merangka dan melaksana
pengurusan organisasi yang mengambil kira dan memenuhi kepuasan kerja pekerjanya.
|