Aplikasi kaedah Maqasid al-Shari'ah dalam penyelidikan berteraskan Islam

Kaedah penyelidikan sosial mendominasi setiap penyelidikan di dunia sejak kemunculannya khususnya berkaitan ilmu Islam. Sesuai dengan peredaran zaman, terdapat sedikit ketidaksesuaian dalam kaedah penyelidikan sosial untuk dijadikan kaedah dalam ilmu Islam dari sudut epistemologi dan alat anal...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Azie Zurianie Mat Zaid (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kaedah penyelidikan sosial mendominasi setiap penyelidikan di dunia sejak kemunculannya khususnya berkaitan ilmu Islam. Sesuai dengan peredaran zaman, terdapat sedikit ketidaksesuaian dalam kaedah penyelidikan sosial untuk dijadikan kaedah dalam ilmu Islam dari sudut epistemologi dan alat analisis. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan kaedah Maqiisid al-Shari'ali dalam kaedah penyelidikan sosial berteraskan Islam. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti konsep Maqiisid al-Shari'ah, menganalisis kaedah ithbat ilmu Maqasid al-Shari'ah dan mengaplikasikan kaedah ithbiu ilmu Maqasid al-Shari'ah dalam penyelidikan berteraskan Islam. Kajian yang berbentuk penerokaan ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara dokumentasi dan temubual pakar. Bahan-bahan ilmiah berkaitan bidang kajian dirujuk, manakala temubual pakar dilakukan kepada dua orang ahli dalam bidang kaedah penyelidikan berteraskan Islam dan ilmu Maqiisid al­ Shari'ah. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah penganalisisan data yang digunakan adalah analisis kandungan dan kaedah perbandingan. Analisis kandungan digunapakai bagi mencapai objektif pertama dan kedua. Manakala, kaedah perbandingan pula digunapakai bagi mencapai bjektif ketiga. Dapatan kajian menunjukkan Maqiisid al­ Shari'ai; adalah ilmu mengenai manfaat serta kemaslahatan di sebalik pensyariatan hukum. Istilah yang menjadi asas serta lebih sinonim dengan ilmu Maqiisid al-Shari'ah adalah menghampiri kemaslahatan dan menjauhi kemudaratan. Selain itu, kajian mendapati ilmu Maqasid al-Shari'ah juga mempunyai kaedah yang tersendiri bagi merungkai setiap manfaat yang terkandung dalam pensyariatan Islam. Kaedah tersebut adalah istiqra '. Kajian ini juga merumuskan bahawa kaedah ithbat Maqasid al-Shari'ah istiqrd' berjaya diselarikan dengan proses analisis data dalam kaedah penyelidikan sosial. Sekaligus rumusan ini membuktikan bahawa kaedah ithbat Maqiisid al-Shari 'ah boleh diaplikasikan dalam kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Diharapkan sumbangan kajian ini dapat membantu institusi-institusi penyelidikan seperti Institusi Kefahaman Islam Malaysia dalam menggunapakai kaedah ini khususnya Maqasid al­ Shari'ah bagi menjalankan penyelidikan mengenai Islam dan orang Islam. Sekaligus, implikasi yang diperoleh dari kajian ini dapat membantu orang ramai memahami dengan lebih jelas mengenai konsep sebenar Maqiisid al-Shari'ah serta merealisasikan dalam pembinaan kerangka model kaedah penyelidikan berteraskan Islam pada masa akan datang.
Physical Description:xvi, 145 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 135-143)