احكام الاخرس في الفقه الاسلامي وقانوني الاحوال الشخصية والمدني الاردنيين

Para pengkaji Islam seharusnya berusaha mengetengahkan perbahasan ilmuan Islam terdahulu dalam memelihara hak orang kurang upaya, serta menonjolkan pensyariatan undang-undang Islam yang komprehensif dan tersendiri dalam menjaga kepentingan golongan kurang upaya ini. Para fuqaha terdahulu mempunyai a...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: عياف، محمد حامد عبد لله (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099999
005 20250409.0
008 210310s2020 my ara
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a KBP69.J6   |b A99 2020 
090 0 0 |a KBP69.J6   |b A99 2020 
100 1 |a عياف، محمد حامد عبد لله ,   |e author 
241 1 0 |a Ahkam al-akhras fi al-fiqh al-Islami wa-qanuni al-ahwal al-shaksiyah 
245 1 0 |a احكام الاخرس في الفقه الاسلامي وقانوني الاحوال الشخصية والمدني الاردنيين   |c محمد حامد عبد لله العياف 
264 4 |c ©2020 
300 |a 133 leaves ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Degree of Master) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 117-123) 
520 |a Para pengkaji Islam seharusnya berusaha mengetengahkan perbahasan ilmuan Islam terdahulu dalam memelihara hak orang kurang upaya, serta menonjolkan pensyariatan undang-undang Islam yang komprehensif dan tersendiri dalam menjaga kepentingan golongan kurang upaya ini. Para fuqaha terdahulu mempunyai akses terhadap semua hukum orang bisu dalam bab hukum fiqh yang pelbagai. Bagaimanapun, hukum ini bertaburan dalam kitab mereka yang disusun mengikut bab fiqh, yang menyukarkan golongan bisu mahupun mereka yang bertanggungjawab ke atas mereka untuk mengaksesnya. Sementelahan, mazhab fiqh berselisih pendapat dalam beberapa permasalahan berkaitan dengan golongan bisu. Malah, adakalanya terdapat pelbagai pandangan daripada satu mazhab yang sama dalam satu-satu permasalahan. Justeru, masalah kajian ini terletak pada pengkajian dan penyusunan hukum-hakam ini, serta pengumpulannya pada satu tempat dengan menyertakan dalil dan perbincangan, serta pentarjihan antara hukum untuk mendapat hukum yang paling rajih antara semua hukum agar mudah diperolehi. Seterusnya hukum ini dapat dimanfaatkan oleh golongan bisu, penjaga mereka, golongan yang menjaga urusan mereka, para hakim dan penuntut ilmu, sebelum membandingkannya dengan Undang-undang Keluarga dan Sivil Jordan. Hal ini kerana kajian ini telah membahaskan apa yang diambil daripada undang-undang ini ketika memperihalkan hukum-hakam berkenaan orang bisu dalam mazhab fiqh. Tambahan pula, dengan lahirnya bahasa isyarat moden yang dianggap sebagai bahasa bersepadu yang digunakan oleh golongan bisu untuk berinteraksi, kajian ini diharapkan menjadi rujukan bagi pakar yang terlibat dengan penggubalan undang-undang ini, begitu juga para hakim di mahkamah syariah seiring dengan perkembangan kemajuan kehidupan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data menggunakan pendekatan induktif kepustakaan melalui pengumpulan maklumat yang diambil daripada kitab fiqh, ahli hadis, undang-undang Jordan, para hakim syariah dan kajian kontemporari. Kaedah analisis data pula menerusi proses penerangan, analisis, penyimpulan, dan rujukan kepada literatur kajian bagi mendapatkan data yang diingini Kajian ini membuat kesimpulan bahawa penggunaan isyarat orang bisu walaupun dia boleh menulis, status halal sembelihan orang bisu walaupun isyaratnya tidak difahami, larangan melantiknya sebagai hakim, pelaksanaan perkahwinan, perceraian dan li'an orang bisu dengan isyarat yang difahami atau tulisan yang jelas, pergantungan kepada penterjemah bahasa isyarat di mahkamah syariah Jordan dalam perkahwinan dan perceraian, serta kesahan pengakuan orang bisu dengan isyaratnya yang difahami dan tulisannya yang jelas walaupun dalam kes hudud. Sumbangan kajian ini dimanifestasikan menerusi penjelasan mengenai hukum-hakam orang bisu dan perbandingan antara orang bisu dan orang yang tidak boleh bertutur. Kajian ini turut menyumbang dalam menjelaskan altematif bagi kehilangan keupayaan bertutur, iaitu dengan dua cara; menggunakan bahasa isyarat dan menulis, serta penjenisan mengenai kedua-duanya. Kajian ini juga menjelaskan hukum golongan ini dalam bab fiqh yang pelbagai dalam mazhab fiqh serta membuat perbandingan antara pandangan mazhab fiqh yang pelbagai dengan apa yang dipilih oleh Undang-undang Keluarga dan Sivil Jordan yang diambil daripada syariah Islam. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Deafness 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Islamic law 
650 0 |a Islamic law   |z Jordan 
650 0 |a Law   |z Jordan 
710 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000182122   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus