فاعلية برنامج ارشادي جمعي يستند على النظرية العقلانية الانفعالية السلوكية في تخفيف الضغوط النفسية لدى طالبات التمريض بالأردن وعلاقته بتحصيلهن

Pengenalan: Pelajar perempuan pengkhususan kejururawatan di universiti-universiti di Jordan berdepan dengan pelbagai tekanan psikologi, akademik dan sosial. Keadaan ini berpunca daripada cabaran pengkhususan ini sendiri, yang merangkumi beban latihan dan tugasan yang diberikan serta persepsi masyara...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: مصبحين، وفاء محمد خليف (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099997
005 20250409093000.0
008 210310s2020 my ara
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a BF637.C6   |b M73 2020 
090 0 0 |a BF637.C6   |b M73 2020 
100 1 |a مصبحين، وفاء محمد خليف ,   |e author 
241 1 0 |a Fa'iliyat barnamaj irshadi jam'i yustanad 'ala al-nazariyah al-'aqlaniyah al-infi'aliyah al-sulukiyah fi takhfif al-dughut al-nafsiyah lada talibat al-tamrid bi-al-ardan wa'alaqatihi bitahsilihin 
245 1 0 |a فاعلية برنامج ارشادي جمعي يستند على النظرية العقلانية الانفعالية السلوكية في تخفيف الضغوط النفسية لدى طالبات التمريض بالأردن وعلاقته بتحصيلهن   |c وفاء محمد خليف المصبحين 
264 4 |c ©2020 
300 |a 361 leaves ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Doctor of Philosophy) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 247-260) 
520 |a Pengenalan: Pelajar perempuan pengkhususan kejururawatan di universiti-universiti di Jordan berdepan dengan pelbagai tekanan psikologi, akademik dan sosial. Keadaan ini berpunca daripada cabaran pengkhususan ini sendiri, yang merangkumi beban latihan dan tugasan yang diberikan serta persepsi masyarakat terhadap mereka. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program kaunseling kelompok berasaskan teori rasional emosi dan tingkah laku bagi meringankan tekanan perasaan dalam kalangan pelajar perempuan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Puteri Aishah di Universiti Al­Hussein Bin Talal di Jordan serta kesannya terhadap pencapaian akademik mereka. Metode: Bagi mencapai objektif kajian, pendekatan deskriptif, pendekatan kuasi eksperimen dan pendekatan korelasi digunakan. Beberapa instrumen kajian telah dibina iaitu; satu soal selidik keperluan kaunseling bagi pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Puteri Aishah, sebuah skala tekanan perasaan, dan sebuah program kaunseling kelompok berasaskan teori rasional, emosi dan tingkah laku untuk meringankan tekanan perasaan pelajar-pelajar ini. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar perempuan pengkhususan kejururawatan tahun pertama dan kedua bagi tahun pengajian 2018/2019, yang mendapat markah tertinggi pada skala tekanan perasaan. Pelajar ini telah dibahagikan secara sama rata kepada dua kumpulan yang sama: kumpulan kawalan yang tidak terlibat dengan sebarang rawatan, dan kumpulan eksperimen yang dirawat menggunakan pembolehubah bebas (program kaunseling). Setelah eksperimen tamat, data ujian pra dan ujian pasca serta data pencapaian akademik dianalisis secara statistik untuk menguji kesahihan hipotesis menggunakan perisian PSS, yang melibatkan Ujian T untuk sampel bebas, pekali Alpha Cronbach, pekali korelasi Pearson, peratusan, min dan sisihan piawai. Keputusan: Dapatan kajian adalah seperti berikut: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik pada tahap signifikan (a<0,05) pada tahap tekanan perasaan dalam kalangan pelajar yang terlibat dengan program kaunseling dan yang tidak terlibat dengannya. Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik pada tahap signifikan (a<0.05) pada tahap pencapaian akademik antara pelajar yang terlibat dengan program kaunseling dan pelajar yang tidak terlibat dengan program. Dapatan ini menunjukkan keberkesanan program kaunseling terapi emosi, rasional dan tingkah laku dalam mengurangkan tekanan perasaan dalam kalangan pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Puteri Aishah, dan kesannya yang positif terhadap peningkatan pencapaian akademik mereka. Kesimpulan: Sumbangan kajian ini adalah dengan membantu pegawai dan pakar kaunseling psikologi dan pendidikan serta pelajar universiti dengan mengemukakan satu program kaunseling serta beberapa strategi dan teknik kaunseling untuk membantu meringankan tekanan perasaan pelajar. Kajian ini juga menekankan keperluan untuk menumpukan fokus terhadap penubuhan pusat-pusat kaunseling dan pendidikan khusus untuk pelajar universiti yang menawarkan khidmat dan program bimbingan kaunseling untuk mereka. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Counseling 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Educational counseling 
650 0 |a Mental health 
650 0 |a Nursing students 
650 0 |a Psychology 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000182120   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus