Kelestarian amalan dan kesedaran masyarakat terhadap konsep penjimatan air di masjid negeri Terengganu

Aspek kelestarian merupakan salah satu konsep yang digunakan untuk mengatasi krisis air serta memenuhi keseimbangan keperluan manusia pada masa kini dan masa hadapan. Pada tahun 2018, kerajaan Terengganu telah menanggung hampir RM6.3 juta bekalan air percuma domestik yang sebahagian besar digu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Denny (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Aspek kelestarian merupakan salah satu konsep yang digunakan untuk mengatasi krisis air serta memenuhi keseimbangan keperluan manusia pada masa kini dan masa hadapan. Pada tahun 2018, kerajaan Terengganu telah menanggung hampir RM6.3 juta bekalan air percuma domestik yang sebahagian besar digunakan untuk operasi masjid. Pembaziran air yang kerap berlaku ialah ketika berwuduk. Selain itu, kekurangan pengetahuan dan kemudahan yang menyokong kepada amalan penjimatan air di masjid juga mcrupakan punca masalah yang menyumbang kepada pembaziran air. Oleh itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kelestarian amalan bagi menganalisis kesedaran terhadap konsep penjimatan air di masjid Negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif; pertama, kaedah Pemerhatian Bukan Lisan yang berfokuskan kewujudan elemen fizikal iaitu penggunaan alat yang menyokong amalan penj imatan air secara cekap berdasarkan konsep lestari yang terdapat di 40 buah masjid di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Kedua, kaedah temu bual mendalam dengan 20 orang pemegang taruh di rnasjid berkenaan. Kaedah ini membawa kepada pemprosesan data melalui perisian komputer Atlas.ti versi 8 yang menghasilkan model perhubungan antara tema untuk menganalisis kesedaran pengurus masjid dan masalah amalan penjimatan air berdasarkan konsep lestari. Kajian ini mendapati pengurusan dan amalan penjimatan air di setiap masjid Terengganu adalah berbeza, iaitu kurang kempen tanda pelekat penjimatan air (25%), ubah suai kepala paip (2.5%), penggunaan kolah (40%), tangki dua pancur (12.5%), air pancuran (85%), bekalan air alternatif seperti telaga (25%). HasiJ daripada temu bual pula mendapati kurangnya kesedaran dalam kalangan pemcgang taruh terhadap pengurusan dan amalan penjimatan air berdasarkan konsep lestari, bekalan air pcrcurna daripada Syarikat Air Terengganu (SATU), kurang pemahaman terhadap konsep lestari penjimatan air yang diterapkan dalam Islam, kurang masalah air di Terengganu serta masih ada pemikiran tidak perlu berjimat-cermat disebabkan negeri Terengganu mempunyai sumber air mencukupi. Hal ini merupakan punca utama terhadap permasalahan yang dikenal pasti. Olch itu, amalan dan kelestarian terhadap konsep penjimatan air menfokuskan lima elemen utama iai tu ilmu, kesedaran, SP AH, sistem kitar semula air, dan teknologi alatan penjimatan air. Secara keseluruhannya, pengurusan air yang cekap berdasarkan konsep lestari telah wujud walaupun masih berada pada tahap yang rendah. Sehubungan itu, pengkaji telah membina dan mcncadangkan sebuah model pengurusan masjid lestari yang dapat diaplikasi dalam menyelesaikan masalah penjimatan air. Model ini juga boleh diaplikasikan di masjid seluruh dunia dalam memastikan penjimatan air berdasarkan konsep lestari.
Physical Description:xviii, 383 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 260-273)