Strategi pembelajaran kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia di Kelantan

Pengetahuan kosa kata merupakan salah satu komponen bahasa terpenting untuk memastikan proses p nerimaan dan penghasilan bahasa berlaku secara lebih bennakna. Tanpa pengetahuan kosa kata yang baik, pelajar mengalami kesukaran untuk memahami input bahasa dan menyampaikannya kepada pihak kedua....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hazwan Abdul Rahman (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Languages and Communication
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099990
005 20221214093000.0
008 210308s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a PJ6065   |b .H39 2020 
090 0 0 |a PJ6065   |b .H39 2020 
100 0 |a Hazwan Abdul Rahman ,   |e author 
245 1 0 |a Strategi pembelajaran kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia di Kelantan   |c Hazwan Abdul Rahman 
264 0 |c 2020 
300 |a xxi, 429 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Doctor of Philosophy ) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 372-403) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Tinjauan literatur -- 3. Metodologi kajian -- 4. Dapatan kajian -- 5. Rumusan, perbincangan dapatan dan cadangan 
520 |a Pengetahuan kosa kata merupakan salah satu komponen bahasa terpenting untuk memastikan proses p nerimaan dan penghasilan bahasa berlaku secara lebih bennakna. Tanpa pengetahuan kosa kata yang baik, pelajar mengalami kesukaran untuk memahami input bahasa dan menyampaikannya kepada pihak kedua. Kelemahan pelajar dalam penguasaan kosa kata BA sering dilaporkan di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia. Justeru, pengunaan strategi pembelajaran kosa kata dilihat dapat mengata i masalah ini kerana ia diakui sebagai alat belajar yang berpotensi untuk membantu pelajar mengetahui makna kosa kata, mengekalkannya dalam memori jangka panjang, mengingat semula dan menggunakannya secara aktif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan strategi pembelajaran kosa kata BA (SPKBA) dan tahap penguasaan kosa kata BA dalam kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (ST AM) di Kelantan. Hubungan sesama pemboleh ubah turut diselidik, iaitu SPKBA, penguasaan kosa kata dan pencapaian BA. Selain itu, kajian juga bertujuan meneroka hubungan SPKBA dengan beberapa faktor seperti jantina, jumlah jam belajar BA di luar kelas dalam seminggu, tahap pengua aan kosa kata BA dan jumlah pendapatan keluarga. Seramai 360 orang pelajar maahad Yayasan Islam Kelantan (YIK) terlibat sebagai sampel kajian ini. Kajian tinjauan secara keratan rentas ini menggunakan soal selidik SPKBA dan Ujian Pencapaian Kosa Kata BA (UPKBA) untuk pengumpulan data. Analisis deskriptif yang digunakan ialah peratus, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi yang digunakan pula ialah Ujian Korelasi Pearson, Spearman, Ujian-T, Kruskal Wallis, Ujian Analisis Yarian (ANOYA) dan Regresi Berganda. Dapatan deskriptif kajian menunjukkan tahap penggunaan SPKBA dan tahap penguasaan kosa kata BA adalah sederhana. Pola penggunaan SPKBA dalam kalangan pelajar yang berbeza tahap penguasaan kosa kata BA adalah pelbagai. Bagi dapatan inferensi kajian, Ujian Korelasi Pearson dan Spearman mempamerkan terdapat perkaitan signifikan antara penggunaan SPKBA dengan penguasaan kosa kata BA dan antara penguasaan kosa kata BA dengan pencapaian BA. Ujian-T pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan pada penggunaan SPKBA berdasarkan jantina. Analisis Kruskal Wallis mempamerkan perbezaan signifikan pada pencapaian BA berdasarkan tahap penguasaan kosa kata BA. Ujian ANOYA memperlihatkan perbezaan signifikan pada penguasaan kosa kata BA berdasarkan tahap penggunaan SPKBA. Di samping itu, ujian ANOY A turut menunjukkan perbezaan signifikan pada penggunaan SPKBA berdasarkan jumlah jam belajar BA di luar kelas per minggu dan penguasaaan kosa kata. Tidak terdapat perbezaan signifikan pada penggunaan SPKBA berdasarkan jumlah pendapatan keluarga. Selain itu, analisis Regresi Berganda memperlihatkan sumbangan signifikan jam belajar BA, jumlah pendapatan keluarga dan penggunaan strategi terhadap penguasaan kosa kata serta terdapat juga sumbangan signifikan jam belajar BA dan penguasaan kosa kata terhadap penggunaan strategi. Hasil kajian ini dijangka dapat membekalkan maklumat pedagogi kepada pihak penggubal kurikulum BA dan pihak pelaksana bagi tujuan perancangan, pemurnian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran BA di semua peringkat pendidikan, khususnya di peringkat pra universiti, iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Languages and Communication   |v Dissertations 
650 0 |a Arabic language   |x Grammar   |x Study and teaching 
650 0 |a Arabic language   |x Study and teaching 
650 0 |a Arabic language   |x Study and teaching   |z Malaysia 
650 0 |a Arabic philology   |x Study and teaching 
650 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Languages and Communication 
999 |a 1000182118   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus