| Summary: | Pengetahuan kosa kata merupakan salah satu komponen bahasa terpenting untuk
memastikan proses p nerimaan dan penghasilan bahasa berlaku secara lebih
bennakna. Tanpa pengetahuan kosa kata yang baik, pelajar mengalami kesukaran
untuk memahami input bahasa dan menyampaikannya kepada pihak kedua.
Kelemahan pelajar dalam penguasaan kosa kata BA sering dilaporkan di pelbagai
peringkat pendidikan di Malaysia. Justeru, pengunaan strategi pembelajaran kosa kata
dilihat dapat mengata i masalah ini kerana ia diakui sebagai alat belajar yang
berpotensi untuk membantu pelajar mengetahui makna kosa kata, mengekalkannya
dalam memori jangka panjang, mengingat semula dan menggunakannya secara aktif.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kekerapan
penggunaan strategi pembelajaran kosa kata BA (SPKBA) dan tahap penguasaan kosa
kata BA dalam kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (ST AM) di Kelantan.
Hubungan sesama pemboleh ubah turut diselidik, iaitu SPKBA, penguasaan kosa kata
dan pencapaian BA. Selain itu, kajian juga bertujuan meneroka hubungan SPKBA
dengan beberapa faktor seperti jantina, jumlah jam belajar BA di luar kelas dalam
seminggu, tahap pengua aan kosa kata BA dan jumlah pendapatan keluarga. Seramai
360 orang pelajar maahad Yayasan Islam Kelantan (YIK) terlibat sebagai sampel
kajian ini. Kajian tinjauan secara keratan rentas ini menggunakan soal selidik SPKBA
dan Ujian Pencapaian Kosa Kata BA (UPKBA) untuk pengumpulan data. Analisis
deskriptif yang digunakan ialah peratus, min dan sisihan piawai. Manakala analisis
inferensi yang digunakan pula ialah Ujian Korelasi Pearson, Spearman, Ujian-T,
Kruskal Wallis, Ujian Analisis Yarian (ANOYA) dan Regresi Berganda. Dapatan
deskriptif kajian menunjukkan tahap penggunaan SPKBA dan tahap penguasaan kosa
kata BA adalah sederhana. Pola penggunaan SPKBA dalam kalangan pelajar yang
berbeza tahap penguasaan kosa kata BA adalah pelbagai. Bagi dapatan inferensi
kajian, Ujian Korelasi Pearson dan Spearman mempamerkan terdapat perkaitan
signifikan antara penggunaan SPKBA dengan penguasaan kosa kata BA dan antara
penguasaan kosa kata BA dengan pencapaian BA. Ujian-T pula menunjukkan tidak
terdapat perbezaan signifikan pada penggunaan SPKBA berdasarkan jantina. Analisis
Kruskal Wallis mempamerkan perbezaan signifikan pada pencapaian BA berdasarkan
tahap penguasaan kosa kata BA. Ujian ANOYA memperlihatkan perbezaan signifikan
pada penguasaan kosa kata BA berdasarkan tahap penggunaan SPKBA. Di samping
itu, ujian ANOY A turut menunjukkan perbezaan signifikan pada penggunaan SPKBA
berdasarkan jumlah jam belajar BA di luar kelas per minggu dan penguasaaan kosa
kata. Tidak terdapat perbezaan signifikan pada penggunaan SPKBA berdasarkan
jumlah pendapatan keluarga. Selain itu, analisis Regresi Berganda memperlihatkan
sumbangan signifikan jam belajar BA, jumlah pendapatan keluarga dan penggunaan
strategi terhadap penguasaan kosa kata serta terdapat juga sumbangan signifikan jam
belajar BA dan penguasaan kosa kata terhadap penggunaan strategi. Hasil kajian ini
dijangka dapat membekalkan maklumat pedagogi kepada pihak penggubal kurikulum
BA dan pihak pelaksana bagi tujuan perancangan, pemurnian dan penambahbaikan
pengajaran dan pembelajaran BA di semua peringkat pendidikan, khususnya di
peringkat pra universiti, iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia.
|