Impak komponen polisi kerajaan terhadap prestasi syarikat pelancongan kecil dan sederhana di Malaysia

Syarikat pelancongan kecil dan sederhana (SPKS) di Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan dan pembangunan ekonomi negara. Laporan SME Corp menunjukkan prestasi SPKS antara tahun 2014 hingga 2018 adalah kurang memberangsangkan dan berprestasi se...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Salime Ab Rahman (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Business and Management
Format: Thesis Book
Subjects:
Description
Summary:Syarikat pelancongan kecil dan sederhana (SPKS) di Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan dan pembangunan ekonomi negara. Laporan SME Corp menunjukkan prestasi SPKS antara tahun 2014 hingga 2018 adalah kurang memberangsangkan dan berprestasi sederhana walaupun pelbagai komponen polisi kerajaan telah dilaksanakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menganalisis kesan pelaksanaan polisi kerajaan (polisi perundangan, poli i galakan, polisi bantuan, polisi pembiayaan serta p lisi pembangunan) terhadap prestasi SPKS di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengisi jurang kajian lepas dengan menambah kecenderungan mengambil risiko (KMR) dan strategi perniagaan (SP) sebagai pembolehubah moderator antara hubungan polisi kerajaan dan prestasi SPK . Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini. Populasi kajian terdiri daripada Pengusaha SPKS di Malaysia. Sebanyak 500 borang soal selidik telah diedar kepada pengusaha SPKS bagi tujuan persampelan, 385 telah dikembalikan dan 339 data lengkap dianalisis. ata yang diperolehi dianalisis secara de kriptif, manakala Pemodelan Persamaan Berstruktur (PPB) digunakan untuk menguji lima bel as hipotesis yang dibentuk. Dapatan regresi menunjukkan polisi galakan, polisi bantuan, polisi pembiayaan mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap prestasi SPKS pada tahap kebolehpercayaan 0.05. Polisi perundangan pula memberikan kesan negatif yang signifikan terhadap prestasi SPKS pada tahap kepercayaan yang sama. Manakala, tiada kesan yang signifikan antara polisi pembangunan dan prestasi SPKS. Komponen Polisi Kerajaan yang paling penting dalam memberi kesan kepada Prestasi SPKS ialah konstruk Polisi Galakan iaitu CR= 7.831, p=O.OI dan pekali regresi ialah /3= 0.27 . Pengujian kesan pembolehubah moderator menunjukkan kesan moderator KMR dan SP yang signifikan terhadap hubungan antara komponen polisi kerajaan (polisi perundangan, polisi galakan, polisi bantuan dan polisi pembiayaan) dengan prestasi SPKS. Kesan moderator adalah separa (partial moderation) kerana kedua-dua pekali regresi (beta) bagi kumpulan rendah dan kumpulan tinggi adalah signifikan bagi KMR dan SP. Seterusnya menutup jurang kajian bahawa KMR dan SP adalah pembolehubah moderator antara hubungan polisi kerajaan dan prestasi SPKS. Kajian ini merumuskan kerajaan perlu mempertingkatkan polisi galakan, polisi bantuan serta polisi pembiayaan kepada pengusaha SPKS bagi meningkatkan prestasi mereka. Polisi perundangan yang ketat akan memberi kesan yang sebaliknya kepada prestasi pengusaha SPKS. Walau bagaimanapun, polisi pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak memberi kesan yang signifikan terhadap prestasi SPKS. Oleh itu, kerajaan perlu menilai semula perlaksanaan polisi pembangunan dan polisi perundangan dalam mempertingkatkan prestasi SPKS. Di samping itu, sikap pengusaha SPKS terhadap kecenderungan mengambil risiko dan strategi pemiagaan perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan prestasi pemiagaan.
Physical Description:xxx, 395 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 393-394)