Perkongsian nama dalam penulisan akademik menurut perspektif syarak

Penulisan akademik merupakan salah satu bentuk penyampaian maklumat ahli akademik kepada sesama ahli akademik dan penyelidik serta kepada masyarakat. Bagi ahli akademik, perkongsian dalam penulisan dan penyelidikan merupakan perkara yang menjadi kebiasaan bagi mereka. Permintaan bagi menghasil...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurul Syafiqah Mazlan (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099984
005 20221212093000.0
008 210308s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a LB2369   |b .N87 2020 
090 0 0 |a LB2369   |b .N87 2020 
100 0 |a Nurul Syafiqah Mazlan ,   |e author 
245 1 0 |a Perkongsian nama dalam penulisan akademik menurut perspektif syarak   |c Nurul Syafiqah Mazlan 
264 0 |c 2020 
300 |a xiii, 168 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Syariah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 139-150) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Konsep perkongsian dalam islam -- 3. Etika penulisan akademik dalam islam -- 4. Analisis perkongsian nama dalam penulisan akademik menurut perspektif hukum syarak 
520 |a Penulisan akademik merupakan salah satu bentuk penyampaian maklumat ahli akademik kepada sesama ahli akademik dan penyelidik serta kepada masyarakat. Bagi ahli akademik, perkongsian dalam penulisan dan penyelidikan merupakan perkara yang menjadi kebiasaan bagi mereka. Permintaan bagi menghasilkan bahan penulisan dan penerbitan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong kepada perkongsian nama penulis bagi mencapai Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan dengan lebih cepat dan mudah. Terdapat ahli akademik yang mengambil jalan mudah dalam meletakkan nama tanpa sumbangan yang signifikan dalan penulisan tersebut. Oleh hal yang demikian, amalan perkongsian nama dalam penulisan akademik perlu dikaji bagi menghapuskan antara salah laku yang wujud dalam dunia akademik. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti konsep perkongsian dalam Islam, menjelaskan etika penulisan akademik dalam Islam dan menganalisis perkongsian nama dalam penulisan akademik menurut perspektif syarak. Bagi memenuhi ketiga-tiga objektif ini, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk penerokaan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisis dokumen dan temu bual pakar. Dokumen yang berkaitan dengan konsep perkongsian nama dalam penulisan Islam dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini menganalisis data-data yang diperolehi daripada sumber data primer dan skunder berbentuk teks. Selain analisis dokumen, analisis data daripada temu bual pakar iaitu tiga orang mufti dan seorang ahli akademik dilakukan mengikut tema kajian. Kajian mendapati bahawa perkongsian menurut syarikat 'Inan sesuai diaplikasikan dalam perkongsian penulisan berdasarkan kepada syarat-syarat yang menguntungkan kepada pihak-pihak yang berkongsi. Selain itu, terdapat beberapa prin ip etika penulisan dalam Islam yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan berlaku sebarang salah laku dalam penulisan iaitu beragama Islam, niat yang ikhlas, amanah, b rlaku adil, bertanggungjawab, merendah diri dan saling bekerjasama. Seterusnya, tiada syarat yang khusus digariskan bagi ahli yang berkongsi nama dalam penulisan akademik. Kelayakan untuk berkongsi dikira dari sudut jumlah sumbangan yang telah diberikan dalam perkongsian yang dijalankan. Sumbangan yang besar dan bermakna dalam perkongsian dapat memberikan kelayakan untuk perkongsian nama dalam penulisan tersebut. Kajian ini juga mencadangkan satu garis panduan disediakan bagi mengelakkan salah laku daripada terus berlanjutan dalam dunia akademik. Kajian ini menyimpulkan bahawa etika penulisan dalam Islam perlu dipatuhi dalam kalangan ahli akademik terutamanya bagi penulisan berbentuk perkongsian. Oleh yang demikian, hasil kajian ini dapat memberikan panduan kepada ahli akademik dalam menghasilkan karya ilmiah secara perkongsian nama penulis. Perbincangan kajian ini diharapkan dapat diperluaskan lagi pada kajian yang akan datang supaya manfaat daripadanya dikecapi oleh semua pihak terutamanya kepada ahli akademik dan masyarakat sekeliling. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Academic writing 
650 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000182086   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus