واقع الارشاد النفسي والتربوي للطلبة في الجامعات الفلسطينية في الضفة الغربية

Seseorang individu melalui pelbagai peringkat usia sejak lahir. Menurut Ericson, setiap peringkat yang dilalui dianggap sebagai krisis usia. Antara peringkat yang paling penting dalam kehidupan ialah peringkat universiti, kerana peringkat ini merupakan peringkat peralihan seseorang individu dari per...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: شاكر حيح، حسن محمد (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:
Description
Summary:Seseorang individu melalui pelbagai peringkat usia sejak lahir. Menurut Ericson, setiap peringkat yang dilalui dianggap sebagai krisis usia. Antara peringkat yang paling penting dalam kehidupan ialah peringkat universiti, kerana peringkat ini merupakan peringkat peralihan seseorang individu dari peringkat awal remaja ke peringkat belia. Kehidupan di universiti mencetuskan pelbagai masalah kepada pelajar dalam usaha mereka untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan kesukaran yang mereka hadapi dari aspek pendidikan, akademik, psikologi dan sosial. Hal ini meningkatkan keperluan individu untuk mewujudkan pelbagai kaedah bagi membantu mereka menangani kesukaran dan cabaran yang timbul. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis realiti kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan terhadap pelajar di universiti-universiti di Tebing Barat, Palestin, selain mengenal pasti kepentingan dan khidmat yang ditawarkan oleh universiti dari aspek kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan. Kajian ini juga ingin mengenal pasti cabaran yang dihadapi serta kaedah mengatasinya. Reka bentuk kajian ini ialah kajian campuran (kuantitatif dan kualitatif) yang menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Populasi kajian terdiri daripada 41,237 pelajar serta 2374 pensyarah. Sampel kajian yang dipilih secara rawak berstrata terdiri daripada 380 pelajar dan 330 pensyarah dari semester kedua sesi 2017/2018. Data dikutip melalui sebuah soal selidik yang terdiri daripada 114 item yang dibina untuk pelajar dan pensyarah, yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Selain itu, temu bual kumpulan fokus dijalankan terhadap 21 orang pelajar yang boleh meluahkan fikiran mereka dengan bebas, selama 3.5 jam. Bagi menjawab soalan kajian, min dan sisihan piawai dianalisis menggunakan Ujian T dan ujian Anova Satu Hala. Antara dapatan utama kajian ialah terdapat perbezaan pandangan pelajar terhadap realiti kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan bagi pelajar di universiti-universiti Tebing Barat Palestin berdasarkan pembolehubah (jantina, umur, pengkhususan, dan universiti), tetapi tiada perbezaan pandangan pelajar terhadap kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan bagi pelajar ini berdasarkan pembolehubah (tahap pendidikan, tahun pengajian dan temp at tinggal). Dapatan turut menyarankan bahawa tidak terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan tenaga pengajar universiti terhadap kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan berdasarkan pembolehubah jantina. Manakala terdapat perbezaan pandangan tenaga pengajar universiti berdasarkan pembolehubah (status jawatan, universiti, tempoh pengalaman dan tahap pengajian). Kajian ini menekankan kepentingan untuk menambah baik keberkesanan kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan untuk pelajar di universiti-universiti Tebing Barat Palestin dengan menubuhkan unit kaunseling di setiap fakulti. Sumbangan kajian ini adalah pada aspek analisis realiti kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan bagi para pelajar, terutamanya kerana masyarakat Palestin berdepan dengan pelbagai tekanan psikologi yang berkait dengan keadaan politik yang dilalui oleh masyarakat Palestin. Kajian ini mencadangkan agar perhatian diberikan terhadap usaha memperkasa keberkesanan proses kaunseling psikologi dan kaunseling pendidikan dengan menambah baik kemahiran kaunseling di universiti-universiti.
Physical Description:363 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 291-296)